Tuesday, January 31, 2012

Macam-Macam Perangai


Kalau saya nak bercerita lebih lanjut dengan perangai dan ragam orang yang pelbagai ni tak boleh juga sebab saya ni bukanlah perfect mana pun...tapi kalau nak difikir-fikirkan serta berurusan dengan mereka-mereka ni kekadang pelik dan kelakar pun ada...

Ada pelbagai jenis perangai manusia yang boleh kita semua klasifikasikan dan saya perhatikan antaranya:

1. Suka senyum sorang-sorang

Dia tengok komputer ke orang ke senyum aje dan tak kiralah waktu dia tengah berduka ke suka ke sama aje.  Kita tak tahu bila masa yang dia sedih dan di dalam kesusahan.

2. Masam mencuka

Orang macam ni kalau memula kita tak kenal memang orang menyampah dan meluat nak tegur, rasa macam nak sepak-sepak aje muka dia, tak pernah aje nampak dia tersenyum.

3.  Tiada perasaan

Parah orang ni..kita buat apa pun dan berceritalah apa pun impression muka dia tetap sama umpama tiada apa yang mereka tersentuh dan rasa.  Menyampah juga nak bercakap dan berkawan dengan orang macam ni.

4. Tak puas hati

Orang macam ni lagi teruk, sepanjang masa kita bercakap dan tak bercakap pun muka dia gitu gitu ajelah statik dan macam nak gaduh dengan kita pun ada..

5. Muka hasad dengki

Bila kita bercakap orang macam ni pun mulalah menyengitkan wajahnya macam contoh "eleh macam kau sorang aje ada" gitulah hehehehhe.....

6. Blurr

Sepanjang masa bila kita bertanya, bercakap dan bercerita riak muka yang diberikan begitu membosankan macam tak faham-faham sekali kita cakap dia buat muka blurr aje.

7. Lorat aka nak tak nak mendengar

Bila kita bercerita dan bercakap mesti di balas dengan ayat "ooo ye ke!" dalam nada gud gud aje. Umpama macam dia memperlekehkan dan memperkecilkan kata-kata orang itu.

8. Nada Nak Bergaduh

Kalau bercakap tu suara nak meninggi umpama macam nak bergaduh tak puas hati aje.  Ala-ala tak berminat pun ada gak.

9. Terselit nada tersurat dan tersirat

Bila bercakap tu asyik nak mengenakan orang aje..contohnya bila nak bercerita tapi cerita tu macam terkena tempias orang yang mendengar tu sekali..

10. Riak di wajah
     
Haaa..yang ni pulak naik rimas kita kalau  bercerita sebabnya apabila dia bercerita riaknya 'nauzubillah' macam dia sorang aje yang boleh memiliki dan hadapi momen tersebut yang orang lain dengar ni macam buta tuli aje dengar.

11. Kontrol ayu/cantik

Kalau dia bercakap dan berkata-kata harus tangan tak lekang samaada betulkan rambut atau betulkan baju sambil senyum senget dan badan pun melintuk liuk bercerita..naik seram bulu tengkuk nak tengok...hish!

12.  Tempias

Dah lah bercakap dengan taksub dan kuat sambil air ludah tu nak memercik terkena pipi dan terkadang masuk ke mulut sipendengar yang duk nganga mendengar cerita dia..kalau tak basah depan meja dek kena tempias air ludah dia tu tak sah.

13.  Satu dunia nak dengar

Spesies manusia yang suka bercakap kuat sampaikan orang yang didepan muka macam berbatu-batu jauhnya.  Menjerit-jerit bercerita ..ish rimas la

14.  Gelak

Asal orang bercerita dan belum pun habis cerita dia dah pakat gelak..padahal bukan funny sangat pun cerita tu takat senyum-senyum kambing udahler .... ini sepanjang masa gelak takde kelakar mana pun aih!

15.  Teliti

Bercakap serta mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh kawan lagi sorang tu. Tutur kata dan susun atur cerita begitu memberangsangkan orang yang mendengarnya senang menarik minat orang mendengar.


Kalau nak di senaraikan, macam-macam lagilah pe'el manusia ni...dan kalau anda rasa anda tahu akan kepelbagaian watak dan personaliti manusia ni bolehlah cerita dan berkongsi dengan saya.

8 comments:

Kaki Wayang said...

Sebagai rakan blogger yang sentiasa ingin bantu membantu antara satu sama lain..saya berminat untuk mengiklankan blog Mama kat blog azri yang tak bape hebat itu..setuju? dengan syarat mama kena letakkanlah RSS feed blog saya dalam blog mama..eh akak..amacam?

so maknanya kita betukar2 feed la ni..

Mak Usu said...

Hahaha.. a'a kak..memang mcm2 perangai manusia..kadang2 pun kita xperasan dengan perangai kita.. orang lain yang tahu mcm mana kita kan..Tapi yang penting kita jadi diri sendiri..

Kaki Wayang said...

Alaaa..FEED Azri tu tak update lah kak..macam mana ni..tak best laaaa kan...

Kaki Wayang said...

Yang tu tak pelah..macam ni..akak cuba letakkan azri sebagai BLOGLIST kat bahagian UTAMA..standalone BLOGLIST wiith title Terbaik dan Terkini dari Blog Betol-betol Hangat!

takpelah kalau dapat feed satu je pun..nanti azri updatekan semula selepas mengenali masalah yg timbul..SET?

Unknown said...

blurrrr hehe

Kaki Wayang said...

Nanti akak tengok azri buat macam mana kat blog azri..

Kat blog akak..akak jangan letak feed azri..akak letak azri sebagai BLOGLIST..tapi taknak perkataan BLOGLIST..k..akak letak di bahagian utama macam kat blog azri..xpelah dapat 1 feed je pun xpe..

Kalau tak faham ty azri smula k..dan BLOG AKAK kini diiklankan di blog azri..yihaaaaaaa

Razif Redz said...

layan je la ye

Kaki Wayang said...

Shantekkkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...