Tuesday, January 10, 2012

Membeli Tak Henggat......Akhirnya Padah Diri Sendiri


Hari Raya Cina akan menjelang tak lama lagi dan seperti biasa kaum cina mesti sibuk membuat persiapan untuk mereka berhari raya dengan membeli segala macam persiapan bagi menyambut perayaan mereka.




Tetapi lain pulak bagi saya yang baru-baru ni telah naik "sheikh" satu badan dengan pergi bershopping sakan ntah nak buat dan sambut perayaan hapa dengan membeli baju anak-anak sampai tak henggat.  






Bila dah habis membeli macam nak rak dah macam cina nak sambut hari raya la pulak (emak saya kata) barulah tersedar hehehehhe....duit dalam bank sendiri dah mula surut. Lepas tu sibuk dok mintak claim dekat En Habi dengan bagi segala macam excuses (muka tak malu)  sebab nak dapat duit balik...hehehehhe...






Perempuan oh Perempuan!!


Pengajarannya kawan-kawan janganlah kita membeli ikut nafsu which is KONONNYA saya selalu bagi nasihat kat dalam blog saya ni supaya "kita" berbelanja dengan bijak dan cermat, tapi akhirnya tumpas juga...dah namanya PEREMPUAN.  Tak tahan dengan godaan promosi dan sale sana sini dan sebagainya mana mata tak naik juling kan....


Sungguh tidak bijak!!



Keputusannya, En. Habi kata allowance saya bulan ini kena potong disebabkan kehilang warasan saya berbelanja dengan mengikut nafsu tanpa menggunakan akal dan fikiran...huaaaaa!!!

Nak mintak gaji advance boleh tak??


4 comments:

Aziela said...

Mak oii...memang mcm nak raya pun...hehehehehhehe. Janji gembira dan puas hati. Lagipun bukan basi barang tu semua. Utk anak2 juga kan...

Rahmah Ram Ram said...

@Aziela: hihii...kena marah dgn asben beli bagai nak rak tak sedar diri.

grOundnUt said...

sOnOknyaaa~

BeloG MTT said...

Next time kalau nak shopping sis kena buat list dan kira bajet dulu lah kalau macam ni. Sian hubby sis. HihikkS :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...