Assalammualaikum...
Perkembangan tahap kesihatan adik Soleh telah lama saya ikuti dan serasanya terlalu sebak diri ini untuk berkata-kata dan saya memang amat-amat mengerti akan segala kepayahan, kesedihan yang dihadapi oleh Nora sekeluarga.
Di sini saya ingin memperpanjangkan entri ini agar kita semua sama-sama menadah tangan dan berdoa akan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh adik Muhammad Irsyad Soleh anak kepada blogger Nora dapat diatasi dengan berjaya serta dipermudahkan dan semoga beliau kembali ceria dan kembali aktif bermain seperti anak-anak lain yang sebaya dengan beliau.
Buat Nora sekeluarga kami berharap agar kalian sentiasa tabahkan diri dan kuatkan semangat serta jangan putus berdoa untuk kebaikan dan dan dipermudahkan segala kepayahan dan kesakitan yagn ditanggung oleh adik Soleh ketika pembedahan dijalankan esok.
Pada rakan bloggers yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan serta cerita dengan lebih detail dan teliti sila layari entri Nora di SINI
5 comments:
doakan beliau cepat sembuh... amin..
amin...~
moga Nora dan keluarga tabah n soleh cepat sembuh.
semoda anak Nora cepat sembuh, aminnn
yee, saya pun salu gak ikuti kisah akak Nora yang tabah dengan dugaan anaknya Soleh.. kadang2 tak sampai ati nak baca sampai abis.. sedih sangat..
semoga akak Nora tabah dengan ujian ini..
Post a Comment