Seperti yang telah saya janjikan..akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan pada salah sebuah novel yang saya beli sebagai koleksi baru-baru ni yang bertajuk "Cinta Tiga Suku".
Erm...review saya ceritanya not bad boleh dan sesuai dijadikan bahan bacaan bagi remaja dan golongan muda mudi dan boleh juga dijadikan bahan bacaan pada golongan umur (atas pagar) macam akak ni (perasan muda konon). Ok aje...
Seronok dan enjoy membacanya tak boring macam sesetengah novel tu. Memula jalan penceritaan asyik bergaduh aje watak utama heroin cerita ni namanya "Nurul Iman" dengan Hero cerita ni yang namanya "Arie" (nama sebenar tak boleh blah Kapten Azahari) hehehhe....
Cerita yang easy going tak banyak konflik kerana perjalanan kehidupan Iman memula tu memang agak menyedihkan kerana beliau telah dihalau keluar dari rumah oleh Ibu Tirinya (which is dalam kata panjang lain ibu tiri angkat) sebab dia ni anak angkat tak diketahui asal keturunannya akibat dari perbalahan dan persengketaan pada zaman ibu bapa beliau sehingga membawa ke penemuan Iman setelah 20 tahun pada keluarga asalnya.
Ceritanya pusing-pusing kat situ juga tapi enjoy membacanya...tak boring cuma bagi saya adalah juga sikit-sikit sedih apabila Iman dijodohkan untuk berkahwin dengan Arie atas permintaan tok wan Arie (tok wan ni sakit cancer dah tahap kritikal) yang ingin melihat mereka berdua kahwin tetapi Arie sebenarnya tak dapat nak menerima kehadiran Iman di dalam hidupnya lagi akibat dari kecurangan cinta kekasih Arie yang bernama Julia.
Gembira hanya di depan keluarga tetapi hakikatnya Nurul Iman mencuba dan terus mencuba memenangi hati dan meraih cinta dari Arie .....
Phew!!
Kalau anda semua nak tahu lagi pasal novel ni silalah baca dan dapatkannya di kedai buku. Pada yang dah pernah baca tu erm...MACAM MANA, OK TAK? Pendapat anda?
Tapi saya kalau baca novel mesti membaca sambil dok imagine hero dan heroin novel tu of course imagine muka macam mamat-mamat hensem dan minah-minah cantik gitew...aaa....teruk..teruk.
Sinopsis Belakang Buku
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
6 comments:
macam belit2 jer...ermm...
errr.....buat masa sekarang jgn kata novel...tv pun dah xsempat nk tgk.. =(
dah baca... hehehe
tq sharing.. nk carik la nnt ;)
hahaha kapten azahari..ekekeke.. bg syieda kapten muncit..agagagaga..(gurau je akak..hihih)
dari ape akak cite, macam best ni. nanti lik kg nak beli la.. =.=
@ladyscooter: memula baca buku ni memang pening dan konfius sikit tp lelama ok la...
@Munnafendy: tapi nnt ada keluangan mesti kena grab salah satu
@dwaty: klakar jugak
@Alycia & @Penjual Raflesia : bagus kalau nak dibuat koleksi novel kita
Post a Comment