Friday, January 13, 2012

Oh! Maafkan Daku

Kadang-kadang ada sesetengah manusia ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dia sikit, ada aje yang nak dijadikan bahan umpatan dan paling teruk sekali bahan nak mengenakan orang. Pantang lepa sikit ada je nak dijadikan 'Bahan".

Kadang-kadang tu benda personal orang pun dia nak terjah sampai takde freedom semuanya nak dikritik dan dikaji.  Adakalanya saya rasakan manusia-manusia sebegini tidak perlu wujud di dunia ni sebab kerjanya asyik nak memeratikan dan mencari salah orang aje, takde kerja lain.

Konsep saya simple aje..kalau rasa-rasa apa yang saya perkatakan di dalam blog PERSONAL ini benar dan anda terasa maafkanlah saya, memang takde niat nak bercerita dan menulis tetapi sebelum kita membuat dan melakukan sesuatu selalulah cermin pada diri kita sendiri dan jangan menunding menyalahkan orang lain atau dalam erti kata lain "Baling Batu Sembunyi Tangan".

Oh!! Maafkan Daku...... (bercakap sambil posing kan badan sambil tangan diletakkan di dahi........over betul)

Setiap apa yang kita lalui serta alami adalah pengajaran dan ilmu untuk kita terus berada di dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

p/s:  "hati-hati ada yang memeghatieeeee......" - Rokiah Propa (kak rokiah jangan saman saya ye, saya pinjam tagline akak, siap sebut nama akak lagi)


6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

erks...kenapa perlu dengki dan iri hati??

Aziela said...

Kat page personal pun x der freedom kan... Dasyatlah orang2 mcm nie...

smilenajah93 said...

cpe2 , saya maafkan :P hehe ~

Munnafendy said...

erm...baru je terbaca pasal ni td kat blog lain..kesiann

Mak Usu said...

Susahla nak jangka perbuatan orang sekarang...

aReLaN said...

hmmm...memang payah.aiyaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...