Thursday, January 05, 2012

Rakyat Malaysia Ramai Yang Sakit??

Erm...terpana dengan kenyataan artikel dalam suratkhabar tempatan hari ini. Betul ke rakyat Malaysia semakin ramai yang menghidap penyakit kronik?


Hish...oh tidak!! mungkinkah ianya disebabkan akan taraf hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari maka menyebabkan ramai diantara mereka yang depress, stress dan sebagainya dan mengundang penyakit penyakit yang tidak diingini keatas mereka.

Antara kenyataan artikel tersebut berbunyi seramai 24,813 orang yang menghidap masalah mental di Malaysia yang dicatatkan pada tahun lalu 2011. Erm...semakin kronik rakyat Malaysia kita sekarang.  Semakin ramai juga yang terpaksa mengambil ubat penenang.

Semoga hari-hari mendatang kita, akan dapat di atasi dengan lebih mudah dan selalulah berfikiran positif dan waras agar kita sentiasa berada di dalam keadaan yang stabil dan tenang.  Dan yang paling utama selalulah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Insyaallah.

2 comments:

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

hmm..semoga tahun 2012 ni bakal menjadi tahun yang lebih menyihatkan..Amin

:: Mrs.Eady :: said...

tekanan hidup yg makin tinggi sebagai punca?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...