Wednesday, November 09, 2011

Manusia Panjang Tangan

Pernah tak dengar ungkapan simpulan bahasa "Panjang Tangan"? Kalau ikut kamus ertinya "orang yang suka mencuri".  Kalau manusia tu jenis yang "Panjang Akal" takpe jugak tak susahkan orang, ada juga kepandaiannya.

Zaman sekarang, zaman teknologi canggih pun masih ada spesis yang suka mencuri dan menipu duit orang lain hanya untuk kesenangan diri sendiri.  Masih ada wanita atau lelaki yang begitu BERANI melakukan perbuatan yang 'tak baik' ini.  Mereka dengan senang hati bermewah-mewah, membeli barangan yang tidak mampu dimiliki sebelum ini dengan sekelip mata sahaja, pergi berjalan bercuti-cuti umpama mereka tidak mempunyai masalah untuk membayarnya dengan wang hasil 'curian' mereka.  

HALALKAH DUIT ITU??

Untuk diberi makan kepada anak-anak, serta digunakan sebagai belanja seisi rumahtangga atau membeli peralatan untuk membina majlis yang 'mulia'? MASYAALLAH.... 

Kita nampak dan sedar, tapi tak sampai hati nak mengAIBkan mereka.  Tetapi atas rasa tanggungjawab dan sebagai manusia seislam kita sepatutnya sedar akan keKHILAFAN kita ini dan memohon keampunan kepadaNYA dan berTAUBAT.  

Sedarkah mereka akan PEMBALASAN yang akan mereka tempuhi jika kegiatan mereka ini dihidu atau diketahui orang.  Tahukah PADAH yang menanti mereka jika mereka melakukan 'aktiviti' sebegini.  Tidakkah ada ruang atau rasa INSAF dalam diri mereka apabila melakukan perkara terkutuk ini.  Dan sememangnya mereka-mereka ini sudah TERBIASA melakukan perkara ini dan ianya sudah menjadi suatu HABIT yang tidak akan mereka tinggalkan.

Di sini ingin saya ceritakan mengenai kisah benar seorang rakan yang mengalami situasi yang sama bersama dengan teman sepejabat beliau yang saya ingin kongsikan bersama anda semua di mana saya paparkan di dalam entri saya kali ini.

Scenario 1 (kisah benar yang saya dapat dari segmen Forum di Internet)


Kisah ni dah lebih 10 tahun berlaku. Masa tu saya kerja kat Wisma Central, Jalan Ampang. Bos saya seorang berbangsa Cina. Saya sebagai officer kat situ dan adalah beberapa kerani dibawah seliaan saya. Diantaranya ada 2 orang budak kerani yang berkawan baik. Kemana2 pergi mesti berdua, diorang nih.Tak kisahlah memang benda ni biasa kat mana2 ofis pun.



Saya namakan mereka Hanim & Ida (Bukan nama sebenar). 

Satu hari kecoh satu ofis bila Hanim mengadu kepada bos yang duit dia dalam bank hilang. Duit tu dikeluarkan melalui kad ATM. Bank dia di tingkat bawah Wisma Central ni. Anehnya kad ATM ada kat dalam purse dia. Maknanya kad tak hilang, cuma duit jer yang hilang. Banyak jugaklah, dalam RM500 kalau tak silap.

Dia dah report dengan pihak bank tu dan bila disiasat, pihak bank dapat trace jam berapa & di ATM mana wang tu dikeluarkan. Orang tu keluarkan wang kat ATM situ jugak.

Semua staff dipanggil dan disoal siasat oleh bos sebab daripada petunjuk yang dia dapat mungkin kerja orang dalam ofis jugak bukan angkara orang luar.

Setelah disoal siasat dengan kepakaran mengugut & menggertak oleh bos kami tadi, akhirnya yang bersalah terpaksa mengaku. Kalau dia tak cepat mengaku, mungkin kami semua akan dingkut ke balai polis…..nasib baiklah. Orang itu ialah Ida, kawan baik Hanim sendiri. Maka terbongkarlah segala kegiatan dia dan terurailah misteri kehilangan duit staf lain kat ofis ni termasuk duit saya.

Berlainan pula dengan kes kedua ini yang mana mangsanya adalah saya dan suami.



Scenario 2 


Sesungguhnya ingatlah, jika empunya badan tidak ketahui akan kegiatan licik kalian ini maka sedarlah bahawa dikemudian hari PASTI akan ada pembalasan ke atas perbuatan kamu ini. bak kata pepatah "Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua". " Langit Tak Sentiasa Cerah", "Hari Ini Hari Anda, Esok Lusa Siapa Yang Tahu".

INSAF dan mulakan kehidupan baru, jangan turutkan kehendak dan rasa hati dengan menggunakan duit dan harta orang lain secara HARAM dengan MENCURI.

3 comments:

Aziela said...

dah gelap betul hati mereka2 yang buat kerja macam nie...

RamRamCute said...

@Aziela: dah buat benda tak elok tu satu hal...ada masa lagi nak mengutuk-ngutuk kita tru online... SILAPla...jolok sarang tebuan..kenalah habuannya.

THE GREEN said...

kalo gitu, baik panjang akal drp panjang tangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...