Thursday, December 01, 2011

Ada Jugak Spesies Ini Dalam Dunia....

Kalau boleh diundurkan masa ingin saya pergi jauh-jauh dari melibatkan diri dengan MANUSIA sebegini tapi apakan daya.  

Serasa dalam negara yang penuh dengan kemodenan dan rata-rata semua rakyatnya berKEMAMPUAN masih ada manusia yang berasakan dirinya MEWAH, SIHAT, CANTIK, BAGUS dan RIAK pada manusia lain, umpama orang lain tak mampu memiliki atau memperolehi apa yang dia ada.

Kesenangan datang dalam sekelip mata adalah anugerah Allah yang tiada terhingga.  Kita sebagai umatnya perlulah menilai dan tahu bagaimana memanafaatkannya kejalan yang lebih sempurna. Jalan mendongak ke langit serta mendepangkan dada serta menyempitkan minda tanda riak tidak akan kemana, kerana apabila dugaan dari yang ESA melanda, masa itulah kamu akan tersungkur dan terus rebah bersama malu dan hiba.

Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam.  Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. 

Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT.  Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.

3 comments:

Fiza Rahman said...

Biasalah tu, ada macam² spesis manusia. Mewah harta & segalanya di dunia tak kekal selamanya..mewah amal ibadat yg kekal selamanya.

Kayu Manis said...

iblis di laknat oleh Allah kerana ingkar kpd perintah Allah supaya sujud kpd Nabi Adam..orang yg sombong sama saja sifatnya mcm iblis.

model pakaian muslim wanita said...

wow great post thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...