Friday, December 02, 2011

Hati-hati Bila Berhujah....

Assalammualaikum,

Tidak betah kalau sesebuah parti tu tidak memburukkan parti lain di dalam hujah mereka.

Persoalannya KENAPA MESTI MEMBURUKKAN ORANG LAIN??

Tidak sedarkah kita, memburukkan sesama sendiri seislam adalah ditegah oleh agama ISLAM.  Rakyat bangsa asing senyum dan bergelak ketawa melihat kita sesama melayu dan islam bertelagah.  

Kita sebagai negara yang penduduknya bermajoritinya beragama Islam wajar menunjukkan contoh yang baik pada negara luar.  Tidak HARUS dan MUSTAHIL kah jika kita berbaik-baik dan lupakan sengketa lama sambil memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara yang maju dan gah di mata dunia bukan sahaja rakyat yang bersatu padu, malahan ahli politik dan pemimpin yang berbeza parti boleh bergandingan dan bersatu hati.  Tidak bolehkan di pupuk rasa hormat dalam persabahatan bukan sahaja di dalam malahan di luar parti.

Hentikan segala kata-kata nista dan tohmahan memburukkan sesama parti lain.  Lahirkanlah sebuah suasana politik yang aman dan bersih tanpa memburukkan orang lain.  Walhasilnya parti hanya sama di dunia ini, amal dan kebaikan sesudah kematian yang hanya menentukan kedudukan kita di sisi ALLAH s.w.t.

Adalah lebih baik kita mengelakkan diri dari merungkai hujah-hujah yang bakal mengundang keji dan nista hanya untuk mendapatkan perhatian orang semata-mata.

Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi lebih mahukan keamanan bukan sahaja dapat dipupuk dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum malahan pemimpin atasan juga.  Jangan jadikan politik landasan untuk mengutuk dan mengeji pihak lawan tanpa mengira hati dan maruah seseorang.

2 comments:

Kayu Manis said...

betul tu,terjerit2,perempuan pulak tu...dah tak sedar auratnya..melaung2 mcm orang gila..

RamRamCute said...

@cinnamon.com : betul tu, x malu juga pada anak2 yg nenontonnya...cerita pasal baju dalam lah dlm tv tu. Daripada org x tahu jadi tahu.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...