Wednesday, December 14, 2011

Pameran Upin Dan Ipin



Pada ibu bapa yang buntu memikirkan kemana mahu membawa anak-anak mereka pada hujung minggu ini, apa kata kita bawa mereka (anak-anak) ke pameran yang sungguh menarik dan comel sekali bertempat di Muzium Negara Malaysia.  Bukan sahaja dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka serta beramah mesra bersama karakter kartun kegemaran mereka malah menimba pengetahuan dalam melihat koleksi pra sejarah zaman dahulu kala di dalam muzium itu sendiri.

Pameran berkenan bertujuan untuk memberikan satu kelainan kepada pengunjung,selain melawat muzium,pengunjung juga dapat pengetahuan disebalik industri animasi dan pembikinan Upin & Ipin khasnya.

Penganjur berharapkan agar sesi melawat sambil berhibur dan mendapat pengetahuan berkaitan di sebalik industri animasi.  Di antara tarikan bagi para pengunjung ialah pembinaan replika Rumah Opah dan Tadika mesra bersaiz sebenar sama seperti didalam siri animasi Upin & Ipin untuk pengunjung merasai pengalaman berada didalam suasana animasi Upin & Ipin.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui permainan dan pertandingan apabila melawat ke Rumah Opah.  Selain itu para pengunjung berpeluang menjadi ahli Kelab Upin & Ipin yang melayakkan ahlinya menerima pelbagai faedah keistimewaan sebagai ahli.

Maklumat lanjut mengenai pameran tersebut adalah seperti berikut:-


                                                            TEMPOH PAMERAN


Tarikh : 26hb November – 31 Disember 2011
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang


AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIANJURKAN
1. Pameran (26 November – 31 Disember 2011)
- Pameran berkaitan pembikinan Upin & Ipin.
- Pameran berteknologi

2. Jualan
- Produk keluaran Upin & Ipin
- Produk daripada syarikat penaja dan pempamer

3. Aktiviti Pentas (bermula 1 Disember – 31 Disember 2011)
- Persembahan dari team Upin & Ipin
- Chicken dance bersama Upin & Ipin
- Kotak beracun
- Musical chair
- Limbo rock
- Mari mewarna
- Dance freeze
- Quiz
- Tiru gaya Upin & Ipin
- Blow the Balloons
- Baling bola dalam guni
- Apa dia ?
- Sahabat selamanya
- Penampilan Maskot
- Palaroid (pengunjung boleh bergambar bersama mascot Upin & Ipin)


Serentak dengan  itu juga Muzium Negara ada mengadakan Pameran Busana Perkahwinan Mutiara memperagakan antara lain gaun bertatah mutiara berharga RM300,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebriti terkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza.  Selain dari itu antara busana perkahwinan yang dipamerkan di Muzium adalah busana perkahwinan model terkenal Amber Chia dan baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini manakala koleksi kasut yang dipamerkan pula adalah kasut bersulam mutiara hasil rekaan Prof Datuk Jimmy Choo dan Bill Keith.

7 comments:

Cho Zila said...

dah pergi ker.. ingat nak pergi hari ahad lepas der hal ler pulak..minggunipun tak boleh m elepasler gamaknyaer...

Izwa Kamaruddin said...

okey nak pegi..

RamRamCute said...

@Cho Zila & @ Mrs. Eady : Insyaallah minggu ini baru ada kesempatan nak membawa anak-anak ke sana.. kalau kita berjumpa tegur-tegurlah ye... :)

Marina said...

sah2 jammed kat situ...patutla haritu turun kl macam ramai je kat muzium..rupenyer ade upin ipin..

muaz said...

bestnyer...jauh lah nak g :(

RamRamCute said...

Marina.. KL sah sah mmg jam.. X boleh avoid

RamRamCute said...

Muaz.. Cuti sekolah singgahla jalan KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...