Seiring dengan cuti persekolahan semakin ramailah pasangan yang naik pelamin bulan 12 ni. Semestinya apabila setiap pasangan itu telah berkahwin maka mereka mestilah akan merangka agenda yang sungguh-sungguh mereka nantikan oleh setiap pasangan iaitu BULAN MADU.
Ini adalah kerana bulan madu sering digambarkan dan dikaitkan dengan keindahan, kebahagiaan dan keseronokan pada setiap pasangan pengantin.
Jangan ingat bulan madu hanya pada yang baru berkahwin sahaja, malahan pada mereka yang telah lama melangsungkan perkahwinan dan ingin bercuti bersama tersayang masih lagi sesuai untuk di rancang bersama. Ini bertujuan bagi mengekalkan kasih sayang sesama dan mengukuhkan lagi perkahwinan dan institusi kekeluargaan tersebut serta menyegarkan kembali keintiman serta komitmen pasangan itu selama ini.
Semestinya apabila kita pergi bercuti untuk berbulan madu kita perlulah menekankan beberapa aspek bagi menjayakan percutian tersebut antaranya:-
bajet kewangan
destinasi percutian
jumlah hari bercuti
waktu yang sesuai untuk berbulan madu
barangan yang perlu dibawa bersama
Rata-rata ramai mencadangkan agar tidak membawa anak-anak pada mereka yang merancang untuk berbulan madu kali kedua, tetapi bagi saya adalah lebih baik membawa anak-anak agar dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak dan meluangkan masa bersama-sama mereka juga.
Saya mengamalkan konsep ANGKUT SEMUA!! Hati tak sakit Minda tak tersiksa apabila meninggalkan anak-anak dengan orang lain (kecuali kalau anda mempunyai maid)
5 comments:
ye saya pun angkut semua..
dah cuba tinggalkan anak masa honeymoon, tak best langsunggg!!
Mesti boring kan kalau askar askar x ikut sekali....
betoi2.. akak sanggup husband tak ikut..ni bukan bulan madu namanya.. tapi yang penting kena der anak baru rasa happy..
@Cho Zila: bila dah nampak dorang depan mata hati tak risau...kita boleh kemana saje tanpa rasa susah hati kan? :)
Post a Comment