Saturday, December 10, 2011

Daulat Tuanku!!

Selamat Datang kami ucapkan kepada DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana akan memulakan khidmat baginda selama lima (5) tahun kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu yang  dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang telah bersetuju memilih Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong -14.

Pemilihan tersebut adalah mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

DAULAT TUANKU!!

Published with Blogger-droid v2.0.1

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...