Friday, December 02, 2011

Kehidupan Selepas Alam Pesekolahan

Kita tidak tahu apa akan jadi pada sesuatu kehidupan kita pada masa-masa akan datang. Amat penting bagi kita semua merancang dan merencana kewangan kita sesudah tamatnya alam persekolahan/pengajian kita.

Keseronokan dan keterujaan apabila menerima cek pertama bayaran gaji anda adalah lumrah biasa bagi semua graduan yang telah meninggalkan alam persekolahan/pengajian dan melangkah masuk ke alam pekerjaan. Apabila anda telah membuat keputusan untuk terus mengekalkan komitmen anda didalam alam pekerjaan perkara utama yang anda semua kena ambil tahu ialah dengan mengekalkan bahawa jumlah pendapatan terutamanya tabungan anda mencukupi bagi tujuan kecemasan seperti perubatan dan juga persaraan serta membuat persediaan bagi anda dan bakal keluarga anda kelak.

Perkara utama yang perlu kita semua ambil kira pabila melangkah ke alam pekerjaan dan dewasa ialah:-

Perkerjaan pertama anda
Simpanan wang hari tua EPF/KSWP
Simpanan dan Investment
Loan pelajaran dan lain-lain loan peribadi
Insuran
Kenderaan
Perkahwinan dan Keluarga
Mengelakkan dari masalah kewangan
Kediaman
Impian dan cita-cita 

Adalah penting bagi kita semua menitikberatkan kesemua di atas bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan permasalahan timbul apabila kita sudah betul-betul bersedia untuk memikul suatu tanggungjawab selepas tamatnya alam pengajian kita.

1 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yup persediaan awal yg penting..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...