Cuti persekolahan sudah hampir tamat. Diam tak diam dah sebulan lebih anak-anak kita ni bercuti kan? So minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi semua para ibu dan bapa yang anak-anak mereka akan kembali kesekolah pada tahun baru yang akan bermula minggu hadapan.
Bagaimana persiapan barangan persekolahan anak-anak? dah siap ke? saya jugak yang belum sempat ke sekolah anak untuk membeli uniform dan buku-buku sekolah mereka. Hari-hari mereka berdua bising sibuk bertanyakan samaada kami dah beli ke tidak barangan sekolah mereka.
Cadangnya Insyaallah esok nak pergi ke sekolah mereka dan membeli segala peralatan dan kelengkapan sekolah mereka. Nak pergi time cuti wiken memang tak sempat dan ramai sahaja orang, jadi rasanya kalau pergi time orang bekerja kurang sikit kot..dan selesa membeli belah tanpa perlu berebut dan beratur panjang (hopefully).
Checklist:-
- Pensil box (perlu ke beli?)
- Buku latihan (besar, kecik, sedang)
- Buku Teks
- Pensil 2B
- Pemadam
- Pembaris
- Pembalut buku (tak payahla in the end semua punah dan rabak)
- Kasut sekolah
Beg sekolah(tak perlu kot, yang lama elok lagi)- Seluar Dalam
- Stoking sekolah
- T-shirt dan Track Suit PE
- Potong rambut
Singlet(boleh pakai lagi tak payah beli)- Uniform Sekolah (masih ada lagi ke size dorang ek?)
Semua barangan di atas by the time akhir tahun semuanya habis dan hilang, ghaib entah kemana. Ntah mana-mana perginya bila ditanya "ENTAH TAK TAHU" sakit hati aje dengar.
5 comments:
pensil 2B tu rasanya kena beli berkotak2 kan kak! budak2 ni cam pakai buang je gayanya..hihih
hehehe..anak2 sorokkan agaknyer..nak yg serba baru la tu.....
@mak encik SZ : memang Suzi, tapi 2 kotak pun belum tentu cukup..tiap tiap bulan kena beli berkotak kotak.
@Tentang Kita: ntahlah habis pun bila kita tanya dia cakap "Entah Tak Tahu". sakit hati je.
saya ni pun tgh berdebar anak nak masuk darjah satu ni...hehe..ada beberapa keperluan yg masih kena beli lagi weekend ni nnt...
Haa...samalah dengan Adam.. Baju skolah langsungg dah x boleh pakai... belum sempat lagi nak beli..
Post a Comment