Dalam masa beberapa minggu lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru tahun 2012. Sekejap aje masa berlalu pergi meninggalkan kita semua. Dalam sedar tak sedar semuanya seperti berlari meninggalkan kita.
Macam entri saya yang lepas ada membincangkan mengenai Wish List saya yang masih belum tercapai dan mungkin akan dibawa pada tahun hadapan dengan harapan dapatlah dicapai angan-angan serta target tu.
Mood hujung tahun memang susah nak cerita la..manjang naik, manjang turun tak tentu hala...memang sukar nak ditafsirkan tetapi memandangkan saya yang serba tak tentu hala mood ni saya rasakan macam nak kerja pun tak sanggup rasanya...
Eh!! sekejap-sekejap IKLAN jap....saya rasa bekas ahli kumpulan 4U2C datang sini....Pn Aziela nampak tak? Kalau tak silap saya nama dia Joe..hehehhe dah tua dah dia. Daripada sibuk menyanyi dulu dengan pakai CD kat dada dan pakai seluar katuk (seluar pendek), now dah jadi ahli korporat. Alhamdulillah suatu perubahan yang sungguh membanggakan.
Ok dah dah...
Haa...sambung balik pada cerita saya, nak ambil cuti macam kawan-kawan lain yang menghabiskan cuti tahunan bergumbira bersama yang tersayang pun dah habis, kalau ambil pun kena tolak gaji...huaaaaa....APAKAN DAYA.
Badan rasa-rasa macam nak demam suam-suam kuku tapi tak jugak demam...kena datang kerja jugak. Nak ambil MC pulak tak berani kalau sekadar RASA nak demam tapi tak demam, nak berlakon sekadar buat-buat sakit nanti kena gelak atau perli lak dengan doktor. APAKAN DAYA
Nak buat kerja-kerja yang tertunggak macam filing, buat apoinmen tu semua ongoing task dah habis, nak menjeguk ke blog daripada pagi sampai ke petang rasa macam tak sedap pulak nanti orang kata MAKAN GAJI BUTA curi masa pejabat...(eh tapi bukan selama ni aku nak curi masa pejabat dengan menempekkan entri dekat dalam belog ni ke?) Hai lah badan APAKAN DAYA.
Nak buat kerja dari pagi sampai ke petang setiap hari kekadang tu JAHAT melencong jugak buat benda lain. Mana ada orang yang kerja dekat pejabat tanpa melencong 100% commit. Mesti ada melelong ke sana sini kan?
Nak tak nak buat buat lah kan diri tu BZ manjang, agar nampak macam bekerja ye dak. Takde kerja pun cariklah kerja agar wang yang diterima itu sejajar dengan apa yang kita berikan terhadap syarikat.
4 comments:
cik mama pun sama, curi masa kat opis buat n3 kat blog, pastu jln2 blog kwn2, tp bila sume kerja dah bereslaa, klu tak memg ada yg kna ketuk..hehhehheh wlauapa pun laksankan taggung jwp dgn ikhlas dan jujur.. (^_^)
Ye @Cik Mama, kita kenalah bereskan tanggungjawab sebelum melencong membuat kerja lain..hehehhe...insyaallah yang penting tugas yang diamanahkan eprlu dilunaskan dahulu kemudian barulah berblog kan.
Kalau duduk rumah mau nyer nak berblogging alamat kena kelek anak dgn urus rumahtangalah dulu..malam baru boleh terjah blog...hehehehe
Kadang2 bila terlalu banyak kerja pun, rasa nak melencung sebab stress sangat. Lepas tu baru pelan2 kayuh. Erkk..patutlaaa macam familiar giler babas muka dia. Jadik corporate person, nampak segak sket dia kan...
Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Post a Comment