Friday, December 02, 2011

Apa Yang Mereka Dapat Melalui KEM?


Sudah masuk tiga minggu anak-anak menghabiskan cuti persekolahan mereka.  Pasti ada sesetengah yang keluarga yang akan dan masih bercuti di dalam mahupun luar negara.  Mabbe ada sesetengah itu sedang dan akan menghantar anak-anak mereka ke kem-kem motivasi yang ada dianjurkan pada musim cuti persekolahan ini.

Biasanya selepas tamat kem motivasi serta pelbagai program ilmiah yang didaftarkan untuk anak-anak dimusim cuti persekolahan ini, kita sebagai ibu bapa pastinya mengharapkan perubahan dalam perkembangan diri anak-anak. 


Persoalannya bolehkah program yang dijalankan empat lima hari itu merubah anak-anak kita secara total. Bolehkah anak kita berubah dalam masa yang singkat itu? Dalam hal ini ibu bapa perlu bersikap rasional, jawapan secara adilnya mungkin ya kerana seseorang itu boleh diubah tidak dikira tempohnya. 



Jika hidayah Allah datang membuka pintu hatinya pasti anak akan berubah. Tetapi sebagai ibu bapa tugas mencari dan mengekalkan perubahan yang lebih baik adalah tugas ibu bapa, guru dan masyarakat. Mungkin tugas ini mengambil masa yang lama atau singkat. Pokok pangkalnya juga bergantung kepada seseorang anak itu berdasarkan tahap pemikirannya, iman serta persekitaran hidup dan juga siapakah insan di sekelilingnya.


Sering kali ibu bapa ingin melihat tiga situasi berikut setelah anak mereka kembali daripada kem motivasi, rohani atau kem apa sekalipun iaitu;


1. Anak yang pulang dan berubah secara total.
2. Anak yang pulang dengan perubahan sementara.
3. Anak yang pulang tanpa sebarang perubahan langsung sama seperti keadaan mula-mula mengikuti kem.

Di manakah kategori anak anda? Sejauh mana kah penerimaan mereka terhadap input dan pengajaran sepanjang mengikut kem tersebut. Sebenarnya kem cuti sekolah itu adalah suatu persinggahan untuk anak-anak lebih memahami persoalan mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dan bagaimana mereka melakukan sesuatu. Ia memberi bimbingan kepada anak-anak tentang mencapai matlamat dan hala tujuan. Resipi kejayaan selanjutnya terletak kepada persekitaran hidup anak itu yang boleh menyokong perubahan dirinya terutamanya nilai-nilai baik yang datangnya dari didikan ibu bapa dan guru penting agar jangka hayat kesedaran anak dapat ditanam dalam diri anak itu sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...