Gambar Hiasan Dari Gugel
Wanita dan Berlian tidak dapat dipisahkan lagi. Ianya begitu sinonim kini. Berlian dijadikan simbol percintaan bagi setiap pasangan.
Berhabisan berpuluh ribu pun tidak mengapa janji kepuasan memilikinya itu yang begitu mengujakan si pemakai. Tetapi ianya lebih kepada mengikuti kemampuan seseorang itu untuk memilikinya. Tidak kira besar atau kecil batu berlian berkenaan bukan menjadi isu yang penting ianya adalah BERLIAN.
Kini koleksi batu berlian ada pelbagai bentuk dan gred bagi setiap saiz yang direkacipta. Di antara bentuk-bentuknya ialah Round, Princess, Emerald, Asscher, Marquise, Oval, Radiant, Pear, Heart dan Cushion. Batu berlian ada yang mengikut saiz-saiz yang tertentu iaitu 0.40ct , 0.50ct atau 0.60ct. Mungkin ramai kaum wanita diluar sana tidak tahu bahawa kebanyakkan warna asas batu berlian adalah kuning (yang disah buktinya oleh Vivo Diamonds). Warna setiap batu berlian di gredkan melalui GIA Grading scale.
Gambar Hiasan Dari Gugel
Berlian sering dikaitkan dengan kisah simbolik cinta abadi. Tahukah anda kisah romantis yang melibatkan berlian terjadi menjelang akhir abad ke-15. Di masa tersebut tersiar cerita bahwa Archduke Maximillian of Austria menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan berlian kepada kekasihnya, Mary of Burgundy.
Berlian juga menjadi bukti cinta dari banyak pasangan. Cerita cinta Elizabeth Taylor dan Richard Burton, pasangan legenda Hollywood. Dengan penuh cinta, Burton pernah memberi Taylor hadiah sebentuk cincin bertatahkan berlian sebesar 33,19 karat yang dikenal dengan nama Krupp diamond.
8 comments:
pernah dapat rantai perak bertatah berlian tapi akhirnya tak bermakna apa2 pun..agak2 berlian boleh jual balik tak?haha
muja tag,, rm100 to be won,, :D
http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/superb-followies-by-miraa-hussin.html
xmampu nk bli.wuuuu
saya tkde berlian..cincin kawen pun..nilam biru jer tp saya ske :)
perempuan cantik dgn perhiasan.singgah sini..
kawan-kawan semua..terima kasih keran asudi singgah dan sudi memberikan komen...jemput datang lagi ye..salam kenal... :)
salam..jom join segmen ni:) saye tag awak http://suecomey.blogspot.com/2011/12/saya-blogger-gadis-melayu.html
klu dapat..mmg best...sapalh nak bg kan!! :)
Post a Comment