Tuesday, December 20, 2011

MEMILIH Bukan Sebab Demanding



Jikalau boleh dibentangkan sejumlah pilihan, maka terpaksalah kita membuat pilihan. Tentu sahaja kita akan memilih yang paling baik buat kita kan?

Tentu sahaja kita akan mengambil yang paling kita suka, sesuai dengan selera, sepadan citarasa dan paling memberikan kebaikan buat kita (pada pandangan kita).

Andainya pilihan yang telah dibuat itu ada risikonya tetapi kita tetap memilihnya kerana pada hemat kita itulah yang terbaik. Inilah yang dinamakan keputusan. Namun, untuk membuat keputusan selalunya menjadi proses yang amat sukar bagi kebanyakan orang. Hal ini berlaku kerana kita tidak mahu memilih dan tidak mahu membuat keputusan.

Selain itu, kita juga takut berdepan risiko yang bakal hadir bersama keputusan yang dibuat, lalu lebih bersikap mendiamkan diri dan tidak mahu bertegas terhadap diri sendiri.

Sesungguhnya ini bukanlah sikap dan sifat yang bijak. Terperangkap dalam pilihan yang tidak pasti, akan lebih memberikan tekanan kepada kita. Oleh itu, cara untuk keluar daripada dilema ini adalah dengan membuat pemilihan yang sesuai.

3 comments:

Cik Syue said...

berdoa jua penting utk dpt yg terbaik :)
meh la singgah...
http://sukehatiakuokey.blogspot.com/

Nafisya Ismail said...

saya pun tak pasti dgn pilihan ygn dibuat.. huhu

RamRamCute said...

@ cik syue: ye! Berdoa itu sudah semestinya dilakukan ketika keliru membuat pilihan.

@Nafisya Ismail: adakalanya bila dh pilih, hati berkenan pd yg lain pula....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...