Gugel
Kalau zaman dulu-dulu, zaman mak mak kita memuda dulu mesti mak mertua bangga kalau dapat calon menantu yang baik hati, sopan santun, baik budi pekerti, pandai ambil hati mertua, pandai berkemas rumahtangga, pandai jaga suami dan yang paling UTAMA kena pandai MEMASAK....hikhikhik...aduiyai...
Itu dulu-dulu...sekarang zaman dah berubah...
Bakal ibu mertua sekarang ada yang dah semakin advance dan tak berapa nak menitik beratkan kriteria bakal menantu mereka as compared to dulu-dulu, cuma bagi mereka yang PENTING anak-anak perlulah mencari apa yang terbaik bagi mereka untuk masa depan mereka juga.
Agama dan background keluarga perlu ada dititik beratkan kerana takut sebarang gejala yang tidak diingini dari berlaku dikemudian hari. Cuma kelonggaran memilih anak menantu mereka dari segi memasak, bekerja atau tidak, tinggi pangkat atau tidak, berpendidikan tinggi atau tidak, kaya atau tidak, kurang dititikberatkan pada zaman sekarang yang penting janji lepas kahwin pandai-pandai sendirilah korang uruskan rumahtangga masing-masing, janji tanggungjawab mereka telah pun selesai dan si anak pun dah saling suka sama suka dan cinta mencintai.
Tetapi....
Jangan diambil senang perkara tersebut kerana ada juga masyarakat kita masih mengekalkan dan menitikberatkan kriteria yang mereka mahukan sebagai pasangan hidup anak-anak mereka sekarang cuma tak begitu serius macam zaman Mak Dara dalam cerita P. Ramlee tu kerana rata-rata wanita dan lelaki zaman sekarang sama-sama bekerja, berpelajaran dan berpendapatan untuk menjana kehidupan seharian mereka yang penting JUJUR, SEPAKAT dan TANGGUNGJAWAB dalam membina kehidupan berumahtangga yang bahagia.
2 comments:
hikhikh..kelakar la mcm ni pun ade..:D
www.ed-zwa.blogspot.com (url izwa baru...)
Yelah Izwa...macam macam boleh jadi sekarang....
Post a Comment