Tuesday, January 31, 2012

Macam-Macam Perangai


Kalau saya nak bercerita lebih lanjut dengan perangai dan ragam orang yang pelbagai ni tak boleh juga sebab saya ni bukanlah perfect mana pun...tapi kalau nak difikir-fikirkan serta berurusan dengan mereka-mereka ni kekadang pelik dan kelakar pun ada...

Ada pelbagai jenis perangai manusia yang boleh kita semua klasifikasikan dan saya perhatikan antaranya:

1. Suka senyum sorang-sorang

Dia tengok komputer ke orang ke senyum aje dan tak kiralah waktu dia tengah berduka ke suka ke sama aje.  Kita tak tahu bila masa yang dia sedih dan di dalam kesusahan.

2. Masam mencuka

Orang macam ni kalau memula kita tak kenal memang orang menyampah dan meluat nak tegur, rasa macam nak sepak-sepak aje muka dia, tak pernah aje nampak dia tersenyum.

3.  Tiada perasaan

Parah orang ni..kita buat apa pun dan berceritalah apa pun impression muka dia tetap sama umpama tiada apa yang mereka tersentuh dan rasa.  Menyampah juga nak bercakap dan berkawan dengan orang macam ni.

4. Tak puas hati

Orang macam ni lagi teruk, sepanjang masa kita bercakap dan tak bercakap pun muka dia gitu gitu ajelah statik dan macam nak gaduh dengan kita pun ada..

5. Muka hasad dengki

Bila kita bercakap orang macam ni pun mulalah menyengitkan wajahnya macam contoh "eleh macam kau sorang aje ada" gitulah hehehehhe.....

6. Blurr

Sepanjang masa bila kita bertanya, bercakap dan bercerita riak muka yang diberikan begitu membosankan macam tak faham-faham sekali kita cakap dia buat muka blurr aje.

7. Lorat aka nak tak nak mendengar

Bila kita bercerita dan bercakap mesti di balas dengan ayat "ooo ye ke!" dalam nada gud gud aje. Umpama macam dia memperlekehkan dan memperkecilkan kata-kata orang itu.

8. Nada Nak Bergaduh

Kalau bercakap tu suara nak meninggi umpama macam nak bergaduh tak puas hati aje.  Ala-ala tak berminat pun ada gak.

9. Terselit nada tersurat dan tersirat

Bila bercakap tu asyik nak mengenakan orang aje..contohnya bila nak bercerita tapi cerita tu macam terkena tempias orang yang mendengar tu sekali..

10. Riak di wajah
     
Haaa..yang ni pulak naik rimas kita kalau  bercerita sebabnya apabila dia bercerita riaknya 'nauzubillah' macam dia sorang aje yang boleh memiliki dan hadapi momen tersebut yang orang lain dengar ni macam buta tuli aje dengar.

11. Kontrol ayu/cantik

Kalau dia bercakap dan berkata-kata harus tangan tak lekang samaada betulkan rambut atau betulkan baju sambil senyum senget dan badan pun melintuk liuk bercerita..naik seram bulu tengkuk nak tengok...hish!

12.  Tempias

Dah lah bercakap dengan taksub dan kuat sambil air ludah tu nak memercik terkena pipi dan terkadang masuk ke mulut sipendengar yang duk nganga mendengar cerita dia..kalau tak basah depan meja dek kena tempias air ludah dia tu tak sah.

13.  Satu dunia nak dengar

Spesies manusia yang suka bercakap kuat sampaikan orang yang didepan muka macam berbatu-batu jauhnya.  Menjerit-jerit bercerita ..ish rimas la

14.  Gelak

Asal orang bercerita dan belum pun habis cerita dia dah pakat gelak..padahal bukan funny sangat pun cerita tu takat senyum-senyum kambing udahler .... ini sepanjang masa gelak takde kelakar mana pun aih!

15.  Teliti

Bercakap serta mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh kawan lagi sorang tu. Tutur kata dan susun atur cerita begitu memberangsangkan orang yang mendengarnya senang menarik minat orang mendengar.


Kalau nak di senaraikan, macam-macam lagilah pe'el manusia ni...dan kalau anda rasa anda tahu akan kepelbagaian watak dan personaliti manusia ni bolehlah cerita dan berkongsi dengan saya.

Hari Wilayah





Esok cuti public holiday lagi....  Cuti pada mereka-mereka yang bermastautin dan bekerja di dalam jajahan takluk negeri Wilayah Persekutuan.

Antara negeri-negerinya termasuklah:-

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Kepada anda yang bercuti...manfaatkan cuti anda dengan membawa keluarga berjalan-jalan menikmati hari cuti bersama keluarga tersayang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.  Terdapat pelbagai juga aktiviti menarik sepanjang hari cuti public holiday for those yang tak tahu dan buntu nak kemana bolehlah bersama-sama menyambut Hari Wilayah di Dataran Merdeka kerana di sana telah disediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.  Dan pada yang minat memancing pastinya boleh pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menyertai pertandingan memancing, berbasikal, berjogging, bersenamrobik dan sebagainya.


Pada kawan-kawan yang bekerja esok, selamat bertugas dan ceriakan hari anda.

Selamat Bercuti!! (satu hari je pun..bunyi macam nak pegi cuti panjang pulak)

Promote Dari Blogger Sayur Lemak

Assalammualaikum....

Diharapkan semuanya sihat.  Saya suka sangat hari ni coz pagi-pagi dapat email dari segmen yang saya ambil bahagian baru-baru ini.  Terharu pabila Azzah owner blog Sayurlemak sudi mereview blog saya yang banyak kelemahan ni.






Terima kasih buat Azzah kerana sudi mereview blog akak ye.  Insyaallah akan diperbaiki kelemahan itu untuk keselesaan dan kemantapan blog ini lagi (chewah).  Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk terus memaintainkan diri dalam dunia blogging ni....sapa kata blogging ni senang..PAYAH tau..hari-hari nak kena post entri menarik untuk ditatap dan dibaca oleh kawan-kawan setia tak kira datang dari mana pun.  Paling penting setiap entri kita tu berinfomasi dan tidak berunsurkan kemudaratan tapi sedikit untuk peringatan kira okeylah tu.

Yang penting kita haruslah berfikiran positif dan membina serta sentiasa membuka hati dan perasaan menerima segala kritikan dan nasihat daripada orang lain secara terus ataupun secara tak langsung (sipi-sipi) kita sebagai manusia sentiasa membetulkan antara satu sama lain dan sentiasa memberikan tunjuk ajar yang membina agar sama-sama mempelajari apa itu ilmu kehidupan yang sebenar.

Pada kawan-kawan yang sudi silalah lawati blog Azzah untuk melihat kreativiti beliau dalam menghasilkan dudel cumel dan membaca entri-entri menarik beliau.

Terima kasih Azzah!!

Monday, January 30, 2012

Jawab Jangan Tak Jawab


Assalammualaikum...

Terima kasih banyak-banyaklah Mak Usu kerana sudi mengetag saya untuk menjawab kesemua soalan yang diutarakan oleh Mak Usu yang comel ni.  Pada kawan-kawan, kalau nak tahu saya ambil masa jugak nak menjawab soalan Mak Usu ni.....bukannya apa kesibukan dan tututan tugasan yang bertalu-talu perlu diutamakan dahulu kemudian dah siap barulah berblog nak kata nak jawab di rumah memang takde maknanya sebab by the time bukak lappy si kecik dah tercongok depan tu.....

Okeylah sebelum tu antara syarat-syarat yang dikenakan ialah:-

Rules and Regulations

1 . You must post this rules in your entry.
2 . Each person must post about themselves in their entry.
3 . Answer the question than tagger set for you in their post. And create eleven new questions for new people you tagged to answer.
4 . You have to choose eleven people to tag link them on the post.
5 . Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6 . NO TAG BACK !
7 . No stuff in tagging section ''YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS''.
8 . " YOU ARE LEGITIMATELY'' -a.k.a REALY , TRUST , WITH ALL HONEST- have tag eleven people.


11 Fakta Menarik tentang diri saya....

1.   Seorang yang Happy Go Lucky
2.   Ibu kepada tiga orang cahayamata terdiri daripada 2 lelaki dan 1 orang perempuan
3.  Garang dengan anak-anak tetapi manja dan penyayang dengan suami dan kawan-kawan.
4.  Suka rasa dihargai dan di senangi oleh semua orang
5.  Tak suka carik gaduh dengan orang tapi akan naik hantu dan angin satu badan kalau ada manusia yang suka carik pasal dengan saya..
6.  Malas untuk membuat sesuatu yang menegeluarkan peluh dan memenatkan diri sendiri contohnya bersukan (dah lama pencen berbasikal sicne bulan posa last year) atau berjogging...
7.  Saya mencintai aktiviti bershopping dan membaca novel seronok...
8.  Suka mencuba sesuatu yang baru especially tang cari makanan dan mencuba makanan baru setiap minggu bersama keluarga
9. Komited dan pantas dalam segala tugasan yang diberikan...tak suka bertangguh kerja.
10.  Cepat kasihankan orang terutamanya pada yang didalam kesusahan...hati geram dan marah memula tak nak tolong tapi lelama tu dah jatuh kesian pulak.
11.  Kalau saya tak suka orang saya tak boleh nak cakap tapi saya buat muka menyampah saya...hikhikhik..ntah tak tau sebab apa..


Soalan daripada Mak Usu:-
  1. Idola anda dalam dunia blog. Berikan URL - ramai jugak blogger yang ada..tak terkira semua idola saya..kiranya siapa yang ada blog kira saya salute la..sebabnya bukan senang nak berblogging menyusun ayat setiap hari.
  2. Kawan paling rapat di blog. Berikan URL - kawan rapat di blog erm...of course la Pn Aziela blog beliau The Rainbow Journey (silalah singgah)
  3. Barang yang paling anda sayang. Kenapa - 'barang' ye...semestinya handphone dan galaxy note saya, kenapa? hadiah dari En Habi :-)
  4. Hobi anda dimasa lapang. Kenapa - masa lapang tu takde sangat sebab dan beranak pinak ni kena attend anak-anak aje tapi kalau ada time terselit terluang sikit saya suka baca novel hihihi...best layan novel apa terutamanya yang sedih dan menusuk kalbu
  5. Subjek yang paling anda suka disekolah. Kenapa - oooo subjek? sis suka sastera melayu..tapi takdelah superb sangat pun bahasa malaysia..masih tunggang langgang cuma suka attend class sebab cikgu dia mengembirakan dan fun.
  6. Perkara yang anda selalu lakukan sebelum tidur. - sebelum tidur selalu kena tepuk-tepuk dan bergumpal dengan lil pwincess bila dia dah tidur barulah sis baca buku (novel) atau tidur terus..
  7. Dah berpunya ke belum? - Dah kahwin dan beranak dah dik!
  8. Filem yang berjaya buat anda sedih? - erm..cerita hari raya rashid sibir "Pondok Buruk 1 & 2" sedih giler...
  9. Moto hidup anda - Hidup ini biarlah seimbang, Agama dengan Dunia,Ibadat dengan Amalannya, Ilmu dgn Akhlak,Jasmani dengan Rohani dan Akal dengan Hati 
  10. Nak berjumpa dengan Mak Usu x? Nyatakan kenapa.... hahaha - nak jugak jumpa boleh berkenal-kenalan asyik bertanya khabar dan berborak di alam maya aje nak juga jumpa face to face kan...
  11. Bagi komen sikit tentang blog Mak Usu... suka sangat-sangat singgah sini, blog Mak Usu simple dan menarik untuk di baca oleh semua peringkat umur yang penting not too heavy.. semoga Mak usu terus  sukses dan maju dalam dunia blogging :)

Soalan Saya:-

1.   Manakah lokasi idaman anda untuk pergi berbulan madu?
2.   Antara makan dirumah dan dikedai, mana satu pilihan anda?
3.   Makanan kegemaran anda?
4.   Bila anda sakit anda suka duduk diam aje atau anda menangis, merintih minta simpati?
5.   Kalau keluar dengan pakwe/makwe apa topik yang anda akan bincangkan?
6.   Selalu time lunch anda makan heavy ke light?
7.  Tetiba kita terlanjur berkata-kata dengan seseorang, adakah kita akan memohon maaf secara terangan atau memberikan sms kepada orang itu memohon maaf?
8.   Siapa yang paling bz bila hari raya menjelang tiba?
9.   Anda ada berapa orang adik-beradik?
10. Negara manakag yang paling anda ingin lawati dan kenapa?
11. Binatang apakah yagn nampak comel di mata anda dan kenapa?

Erm...soalan pecah kepala nak jawab dan tak masuk dek akal pun...pada kawan-kawan yang sudi SILALAH saya tak tag takpe ke? sudi-sudikanlah ye menjawab sebab saya tahu pasti anda yang membaca ni pun bz tahap melampau dengan tugasan yang sedia ada inikan pula nak menjawab mereka jawapan lagi..huaa..

Untuk itu, saya dengan sukacitanya mengeTAG kesemua rakan-sahabat handai blogger saya yang membaca entri ini untuk sama-sama menjoinkan diri dalam soklan-soklan yang  diutarakan ini.

Lastly, Terima kasih MAK USU!!!

Potong Jangan Tak Potong


Cukup kepantangan saya apabila saya bertanyakan sesuatu kepada orang mengenai apa benda pun lepas tu orang yang saya tanya tu akan bagitahu balik bagi respons contohnya.....

"Eh iye ke?"

"Eh takdelah dengan saya"

"Saya tak pernah dapat lah benda tu dari awal lagi" 

" Tak perasan lah pulak saya"

Bukan ke lebih afdal dan bagus jika persoalan seseorang tu kita jawab dengan "Eh takde ke? Nanti saya cek bebetul dulu eh"...kan ke elok daripada membiarkan orang tu mengelabah dan tercari-cari tahap melampau tak tahu bijik butir hingga menjadikan orang tu stress tak pasal-pasal.

Macam kes saya baru ni terjadi apabila penyewa rumah kepunyaan syarikat saya ni yang tak pernah membuka 'mail box' beliau hingga berlumut dan berkapuk bertahun-tahun lamanya sehinggalah owner rumah berkenaan memanggil dan menelefon saya bertanyakan samaada kami tidak membuat sebarang pembayaran bil air dan segala macam bil lain lagi ke atas rumah tersebut selama setahun ini dan yang peliknya saya... takkanlah si owner dan penyewa ni tak alert dan monitor kerana all this while kita akan buat pembayaran terus melalui akaun beliau sekali bersama duit rental rumah based on statement of bill jugak...tetapi disebabkan kami tidak menerima apa-apa pun setakat ini jadi tiadalah pembayaran yang dibuat oleh pihak syarikat kepada beliau tak kiralah duit air ke, maintenance charges ke apa benda sume. Memang tak dapat dan lagipun benda tu otomatikali setiap bulan beliau akan hantar without failed.

Memang salah satu kerja saya pun memastikan keaadaan rumah tersebut sentiasaberada  dalam keadaan baik dan selesa, tapi takkanlah sampai billing tak bayar setiap bulan saya nak kena monitor jugak sebab kebiasaannya billing itu akan datang dengan sendirinya setiap bulan without miss dan selama ini pun  pihak akaun akan membuat pembayaran once diterima tanpa datang terus ke meja saya untuk verified ke hapa pun...tau tau dah di bayar aje.

Dan permasalahannya bila saya ajukan soalan kepada penyewa rumah berkenaan dia pun sendiri tak pernah bukak mail box tu...pelik? takkan lah owner tak bagi penyewa kunci peti box surat kat bawah tu...than abis tu camne nak tengok ada bil ke surat ke..sebaliknya saya pulak yang kena mimikirkan permasalahan ini...

Itu dah satu kes.......yang kes lainnya bila saya tanya penyewa memula tu kata kunci takdelah..bill takde terima lah...macam macam alasan..alih-alih hari ni dah dapat kesemua bill yang dinyatakan oleh owner rumah tu ... yang saya ni mati-matian mengatakan pada owner yang penyewa memang tak dapat satu hapa pun....HANGIN ke TAK HANGIN tu ???

Korang faham ke apa yang saya tulis ni........(mesti pening baca kan) 

Walhasilnya saya pun salah dan mereka (owner & penyewa) pun salah.  Masing-masing nak lepaskan diri masing-masing dan akhirnya salah satu dari sumber keperluan mereka iaitu fasiliti gas memasak mereka dah kena POTONG since last week....hahahahaha............

"Tak payahlah memasak sebab nak menunggu sampai penyambungan semula engkome makanlah ajelah di kedai ye!!" Sapa suruh tak alert dan kasi bill awal-awal dah namanya duduk di situ sendrik mau ingatlah..takkan tiap-tiap bulan orang lain nak kena ingatkan kamu-kamu tu pulak...duduk apartment opis sedap-sedap semua opis bayar lagi mau jaga bill semasa pun orang juga (kasi bukak u punya mail box dan submit pada HQ laaa untuk payment....HAIYOOO!!)

Pining!! Pining!! Pining!!! (cakap versi india mari)

Isnin yang BLUE....ESSS


Assalammualaikum..........

Hari Isnin yang sungguh amat-amat memBOSANkan...........

Datang kerja dah setart jam sana sini..rata-rata orang ramai dah balik dan kembali bertugas seperti sediakala, Kaum Cina juga telah kembali membuka perniagaan mereka.

Petang ni balik MESTI dan WAJIB jam dan sesak...

Nak memulakan tugasan bukan main liatlah lagi...Mood sentiasa kelaut tak tahu hilang kemana..manjang takde mood aje.

Nak berhijrah (benti kerja) asyik tak jadi manjang, ada aje halangan.........tapi kalau fikir balik lebih baiklah kerja daripada duduk rumah STRESS plak nantik...jadi terpaksalah membatalkan niat dihati yang tak kesampaian tu...

Hai lah mood kembalilah dikau...bosannya datang bertugas hari ni...tengok muka kawan-kawan sepejabat pun umpama macam tak bemaya juga mereka datang bekerja...ada tu pepagi lagi dah buat muka masam macam limau purut macam muka tolak rezeki pun ada..hehehehe (sungguh saya meluat)

ish ish..."clear ur mind set"....selalulah fikir positif dan selalulah fikir yang kerja itu suatu ibadah yang dipertanggunjawabkan kepada kita semua.....

Sudah tu sudah...ceriakan hari dan sentiasa berkerja dengan penuh ketenangan jiwa dan raga...

BOSAN BOSAN BOSAN juga!!

Sunday, January 29, 2012

Hari Jimba Jimbaan

Assalammualaikum....


Cuti hujung minggu saya dan En Habi telah berjanji dengan anak anak dengan membawa mereka ke Aquaria KLCC.


Biasalah anak anak bila tahu aje dapat pergi ke tempat yang mereka suka maka mereka dengan suka hati riang ria bergembiralah seharian kala kami membawa mereka ke sana.


Penat dan seksa nak membawa si lil pwincess nak nak time dia tengah ligat berlari kesana kemari tak mau duduk diam setempat rasa macam nak ikat aje...hehehehe..


Alhamdulillah aktiviti semalam yang kami kena menunggu lama dah selamat siap dengan jayanya.


Esok semua orang akan mula bertugas seperti sediakala dan jalanraya akan kembali aktif dengan kesesakan macam biasa. Anak anak jangan lupa "back to school".


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 28, 2012

Bila Nak Buang Baru Nak Gali Lubang

Assalammualaikum...


Masyaallah........ Naik pening kepala saya dengan pelbagai jenis bau-bauan yang terdapat di sini.


Ada yang wangi, yang busuk, yang masam, yang tengit dan segala macam baulah yang ada pilih aje.


Arghh!!! Migraine migraine....


Inilah padahnya kalau buat perkara last minit. Tapi rasanya tak boleh avoid kalau pergi Jabatan Kerajaan di waktu cuti, beginilah jadinya. Nak tak nak kenalah hadap.


Walhasilnya sentiasalah beringat bila masa dan harinya pasport anda tamat dan perlu di perbaharui. Bak kata orang tua-tua "dah nak membuang baru nak gali lubang".


Hehehe...hailah pukul berapa nak tunggu ni..... Anak-anak dah bising kelaparan.


Mabbe we should eat and have some breakfast first before we came here. Macam ni nak pi makan pun payah dan takut sebab takut terlepas nombor.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 27, 2012

Telefon Bimbit Punca Darah Tinggi

Tahukah anda penggunaan telefon bimbit dalam tempoh yang lama boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Ia berlaku apabila salur darah disempitkan oleh elektromagnetik frekuensi radio pada signal telefon bimbit berkenaan. Bahkan, bercakap lama di telefon juga akan meningkatkan jumlah bil. Ini juga salah satu sebab yang menjadikan darah tinggi tiba-tiba naik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

Percutian Ke Utara

I'm backkk!!

Kembali bersiaran seperti sediakala. Alhamdulillah kerana tuhan memberikan saya peluang untuk terus bernafas dan menumpang dibumi Allah ini.

 Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNYA.

Oh Ya! seperti yang anda semua sedia maklum cuti perayaan tahun baru cina baru-baru ni kami sekeluarga bercuti ke arah utara bersama-sama dengan keluarga mertua saya.

Permulaan perjalanan which kami bertolak pada hari Sabtu agak menegangkan kerana kami sekeluarga terpaksa menghadapi perjalanan yang agak panjang kerana kesesakan teruk lalulintas yang menghala ke arah utara Malaysia.  Mungkin disebabkan ramai yang bercuti dan persekolahan juga cuti selama seminggu tu yang menyebabkan ramai orang pergi bercuti. 

Kesesakan jalanraya menghala ke arah Utara

Bayangkan aje perjalanan kami yang pada mulanya bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi kami sampai ke Penang pukul 5.00 petang gitew. Phew!! memang memenatkan.  Banyak insiden terjadi yang kami alami dan lihat sepanjang perjalanan yang agak memenatkan, terutamanya anak-anak.


Sempadan Bukit Kayu Hitam

@ Ostrich Farm, Perlis


Nak berhenti di R&R pun membuang air kena beratur panjang "ridiculous" tak pernah saya tengok sampai ada tu parking kereta hingga 500 meter hanya nak berhenti berehat dan ke tandas awam. Teruk! Teruk!

@ Menara Alor Star,  Kedah

@ Cafe Hotel
Alhamdulillah percutian kami berjalan lancar dan menyeronokkan cuma kepenatan tu biasalah mana ada orang pi bercuti yang tak penat kan? Seronok dapat menjelajah ke 3 buah negara dalam satu-satu masa iaitu Penang, Kedah, Perlis.

@ Kedah

@ Pulau Pinang

Insyaallah jika diberikan umur dan rezeki kami akan kesana lagi. Selamat bercuti pada yang masih bercuti dan berhati-hati memandu ye.

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday # 24



Serius!! 
Bau dia fresh!!

Monday, January 23, 2012

Sehitam Manapun Hatimu.....



Pernah saya menempekkan posting ini previously tapi atas dasar menjaga hati dan hak sesitiviti seseorang individu yang tak berapa dikenali, saya disablekan...tapi kini saya mengambil satu keputusan untuk meneruskan posting ini hanya untuk peringatan saya agar sentiasa menjaga hati dan tatasusila serta tutur kata sendiri agar tidak menjadi kebencian pada orang lain.

Niat dan tujuan menulis blog bukan untuk menyampaikan mesej yang berbaur fitnah dan umpat keji dan yang bukan-bukan tetapi cukuplah sekadar meluahkan rasa hati yang terbuku dan terpendam tetapi tidak sama sekali memaki hamun dan mengherdik seseorang itu kerana sesungguhnya saya sedar akan kerdilnya diri dan siapalah diri saya untuk membetul serta menidakkan akan hak orang lain.

"Oh! Kenapalah hati kau busuk macam bangkai??

Masih tidak berubah lagikah perangai mu wahai bukan sahabatku? 


EGOmu terlalu tinggi, tetapi AWAS jangan sampai dirimu nanti termakan dengan perlakuanmu itu.


Kau tidak sebagus mana pun untuk hidup mendongak langit serta menidakkan akan ketentuan Tuhan. Tidak pernahkah kau rasakan yang ibu dan bapamu serta keluargamu sedih dengan penampilan dirimu itu?


Kasihani mereka......


Sekuat dan seteguh mana pun hati  kau INGAT matinya kau masih sama seperti orang lain.  Apa gunanya kau sembahyang tunggang terbalik genap lima (5) waktu (aku rasalah jangan dekat depan orang aje kau tunjuk alim) tetapi hati kau tetap busuk dan hitam.


Tidak pernah ke kau sedar yang diri kau tu semakin hari semakin tua dan usia kau bukannya mengundur tetapi terus berjalan kehadapan dan roda kehidupan engkau bukan sentiasa di atas dan bahagia serta selesa selama-lamanya kerana adakalanya nanti kau akan kebawah juga.


Sesungguhnya kau haruslah bermuhasabahkan diri kau agar lebih bersifat terbuka dan menerima segala kritikan daripada orang lain agar dapat merobohkan benteng di hati kau yang penuh kehitaman agar dapat diatasi segala kebusukan pada hati kau itu.


Seharusnya kau ingat bahawa matinya kau di dunia ini, bukan diri kau yang akan mengusung jenazah kau itu, tetapi orang-orang di sekelilingmu itu (rakan-rakan, sahabat handai, rakan dan taulan) dan sejauh mana kau tahu bahawa ahli keluarga kau menyukai dan menyayangi diri kau kerana adakalanya nanti mereka sendiri akan mengenepikan kau.


Kau bukan sentiasa berada di atas dan bukan sentiasa mempunyai kawan dan rakan yang akan turut serta bersama dengan engkau walaupun kau rasa sesenang dan sebahagia mana pun engkau.  Matinya engkau di dunia sama dengan orang lain tiada perbezaan samaada dari segi keturunan kau atau ikutan kau.  


Muhasabahkan dirimu sebelum kau memuhasabahkan diri orang lain.  Cerminlah diri mu sebelum kau menilai dan mengkritik orang lain.


Persoalanku cuma satu, jika benar kau dari keturunan wali-wali (baik-baik) kenapa rambut kau masih tidak diliputi tudung dan perwatakkan kau masih seperti kelelakian serta kehidupan kau masih lagi berlandaskan dengan busuk hati serta umpat-mengeji orang lain seumpama kaulah orang yang paling terbaik di dalam dunia dan di bumi Allah ini. 


Kemana pun kau pergi sentiasa ingat "Langit Itu Bukan Sentiasa Cerah". Berbaliklah pada NYA apabila kehidupan kau sendiri sudah jauh TERPESONG.


SeMUNAFIK mana pun diriku, aku tetap berpegang teguh pada Tuhanku yang SATU dan mengikut ajarannya yang SATU serta tidak meniru serta berupa personaliti orang lain selain dari jantinaku.


Sentiasalah berbuat baik pada semua kerana kita hidup di dunia ini tidak lama, sebelum diri kau kerugian besar apabila orang yang kau umpat dan keji serta orang yang kau fitnah itu tidak akan memaafkan kau di dunia mahupun di akhirat nanti.


CERMINLAH DIRIMU ITU WAHAI BUKAN SAHABATKU SEBELUM KAU TERLAMBAT!!


Bermohon maaflah sesama manusia selagi kau diberikan kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah ini, kerana apabila kau telah mati semuanya telah TERLAMBAT."  


Semoga Allah sentiasa membuka hatimu untuk menuju ke pangkal jalan....Amin!!

Sunday, January 22, 2012

2012 Dragon Year

HEY!! ITS A DRAGON YEAR 

gugel

REVEL IN THE VIBRANCE OF THE DRAGON


HAPPY CHINESE NEW YEAR 

MAY THIS YEAR BRINGS MORE PROSPEROUS 
AND A GOOD YEAR AHEAD.

GONG XI FA CHAI

Saturday, January 21, 2012

Bz Day Bz Road

Assalammualaikum..


Menjelang hari perayaan yang akan tiba iaitu Hari Raya Cina pada hari Isnin dan Selasa ni ramai rakyat Kuala Lumpur yang keluar bandar untuk pulang ke desa dan ada tu yang sibuk nak pi bercuti macam kami sekeluarga ni ke arah Utara.


Cadangnya nak pi bertolak ke Utara semalam, tapi En Habi ada Mesyuarat yang tidak dapat dielakkan semalam petang.


Nak cerita pasal situasi perjalanan kami pagi buta yang pada awalnya kami bertolak seawal jam 7:00pagi tapi pengakhirannya pukul 10:15 pagi ni baru sampai ke Tanjung Malim.


Huaaa....banyaknya kenderaan dekat jalan menghala ke arah utara. Penangan cuti panjang Raya Cina...oh tidakkk! Pukul berapa nak sampai Penang ni kalau takat jalan kura-kura pun lagi laju.


Erm..pada kawan-kawan semua, hati hati memandu dan banyakkan bersabar ye. Sesungguhnya pandulah dengan berhemah. Agar kita semua selamat sampai kedestinasi.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

It's All About Gucci

Yeay!!


Finally En Habi dengan baik dan bermurah hati menghadiahkan saya ini...... Idaman yang saya dambakan in which sepatutnya akan diberi pada hari anniversary kami tapi En Habi dengan baik dan bermurah hati menghadiahkannya kepada saya in advance.


Suka tahap melampau..


Alhamdulillah semoga En Habi sentiasa di murahkan rezeki dan boleh belikan saya hadiah lagi...(demand lebey)


Luv u Hubs!! (dan dan tu tunjuk sayang kat laki kan...hikhikhik)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

Doakan Muhammad Irsyad Soleh

Assalammualaikum...


Perkembangan tahap kesihatan adik Soleh telah lama saya ikuti dan serasanya terlalu sebak diri ini untuk berkata-kata dan saya memang amat-amat mengerti akan segala kepayahan, kesedihan yang dihadapi oleh Nora sekeluarga.



Di sini saya ingin memperpanjangkan entri ini agar kita semua sama-sama menadah tangan dan berdoa akan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh adik Muhammad Irsyad Soleh anak kepada blogger Nora dapat diatasi dengan berjaya serta dipermudahkan dan semoga beliau kembali ceria dan kembali aktif bermain seperti anak-anak lain yang sebaya dengan beliau.


Buat Nora sekeluarga kami berharap agar kalian sentiasa tabahkan diri dan kuatkan semangat serta jangan putus berdoa untuk kebaikan dan dan dipermudahkan segala kepayahan dan kesakitan yagn ditanggung oleh adik Soleh ketika pembedahan dijalankan esok.


Pada rakan bloggers yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan serta cerita dengan lebih detail dan teliti sila layari entri Nora di SINI


Flash Mob

Anda semua tahu apa itu Flash Mob?

Ramai dah mula bercerita pasal ni tapi memula saya pun tak berapa tahu dan tak berapa nak kurang arif pasal benda-benda ni yelah kita ni bukan remaja lagi kalau tanya saya 11 tahun yang dulu mungkin tahu kot.....tapi kalau tanya anak-anak muda sekarang mungkin mereka tahu.  


Seperti biasa saya pun menggooglekan diri dan search sebabnya kalau kita dengar aje cakap orang tak best kan dan tak berapa nak faham so barulah saya memahami yang sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan  'flash mob' itu ialah merupakan perhimpunan yang dilakukan oleh sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika dan kemudian mereka bersurai.


Erm...mengikut pemahaman saya biasanya 'flash mob' memang begitu popular di luar negara terutamanya di negara barat kerana mereka bukan sahaja sporting dan gemarkan hiburan sambil santai merehatkan minda bagi mengelakkan stress dan sebagainya.

Kini 'flash mob bukan sahaja terdapat di negara barat sahaja, dewasa kini budaya 'flash mob' juga telah begitu popular dan agak dikenali oleh rakyat Malaysia di Kuala Lumpur.

Mereka menari di open space sambil menghiburkan diri masing-masing (suka-suka) dan kemudian bersurai (tapi ini bukan perhimpunan haram ye) sebaliknya ianya adalah sekumpulan anak-anak muda yang menunjukkan skil mereka dari segi tarian atau perbuatan yang sama secara berkumpulan.

Unik dan Klass kan!! 

Secara tak langsung dapatlah pelbagai kaum berkumpul dan menunjukkan skill mereka tak kira melayu, india cina, orang asing, pakai tudung ke tidak ke semua sama saja yang penting kita semua 1 Malaysia. Tak caya ini adalah salah satu contoh yang saya dapat daripada pencarian saya di Youtube dan ada banyak lagi cuma yang ini amat menarik minat saya (klik SINI untuk menonton). 

Apabila Konflik Mengawal Situasi

Manusia tak boleh lari dari pelbagai masalah dan konflik yang melibatkan diri secara langsung atau tidak.

Dalam menjalani rutin harian dipejabat adakalanya kita tidak terlepas daripada terlibat dengan konflik.  Ia mungkin diakibatkan oleh urusan kerja atau mungkin juga perihal peribadi.  

Minda kita akan dibebani dengan persoalan dan masalah yang belum selesai. Itu belum diambil kira dengan tekanan dari pelbagai pihak yang menjadikan konflik bertambah kusut.

Sebahagian dari kita lebih suka bersikap lepas tangan dan bersikap perkara itu akan selesai dengan sendirinya.  Mengikut logik, mana mungkin ia boleh terhapus macam tu aje tanpa mencapai kata sepakat. Kerana jikalau ianya belum selesai pasti ia akan diungkit kembali.  Jadi untuk melakukan kerja dengan tenang setiap hari, segala konflik dan permasalahan kita perlu bijak diatasi.

Seteruk manapun konflik yang dihadapi, ia pasti dapat diatasi jika adanya sikap saling kompromi.

Cinta Tiga Suku


Seperti yang telah saya janjikan..akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan pada salah sebuah novel yang saya beli sebagai koleksi baru-baru ni yang bertajuk "Cinta Tiga Suku".


Erm...review saya ceritanya not bad boleh dan sesuai dijadikan bahan bacaan bagi remaja dan golongan muda mudi dan boleh juga dijadikan bahan bacaan pada golongan umur (atas pagar) macam akak ni (perasan muda konon).  Ok aje...

Seronok dan enjoy membacanya tak boring macam sesetengah novel tu.  Memula jalan penceritaan asyik bergaduh aje watak utama heroin cerita ni namanya "Nurul Iman" dengan Hero cerita ni yang namanya "Arie" (nama sebenar tak boleh blah Kapten Azahari) hehehhe....

Cerita yang easy going tak banyak konflik kerana perjalanan kehidupan Iman memula tu memang agak menyedihkan kerana beliau telah dihalau keluar dari rumah oleh Ibu Tirinya (which is dalam kata panjang lain ibu tiri angkat) sebab dia ni anak angkat tak diketahui asal keturunannya akibat dari perbalahan dan persengketaan pada zaman ibu bapa beliau sehingga membawa ke penemuan Iman setelah 20 tahun pada keluarga asalnya.  

Ceritanya pusing-pusing kat situ juga tapi enjoy membacanya...tak boring cuma bagi saya adalah juga sikit-sikit sedih apabila Iman dijodohkan untuk berkahwin dengan Arie atas permintaan tok wan Arie (tok wan ni sakit cancer dah tahap kritikal) yang ingin melihat mereka berdua kahwin tetapi Arie sebenarnya tak dapat nak menerima kehadiran Iman di dalam hidupnya lagi akibat dari kecurangan cinta kekasih Arie yang bernama Julia. 

Gembira hanya di depan keluarga tetapi hakikatnya Nurul Iman mencuba dan terus mencuba memenangi hati dan meraih cinta dari Arie .....

Phew!! 

Kalau anda semua nak tahu lagi pasal novel ni silalah baca dan dapatkannya di kedai buku.  Pada yang dah pernah baca tu erm...MACAM MANA, OK TAK? Pendapat anda?

Tapi saya kalau baca novel mesti membaca sambil dok imagine hero dan heroin novel tu  of course imagine muka macam mamat-mamat hensem dan minah-minah cantik gitew...aaa....teruk..teruk.


Sinopsis Belakang Buku

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...