Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru Twenty Twelve

Assalammualaikum semua.....


gugel juga

Terlalu banyak kenangan dan memory terindah tahun 2011 yang kini bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam lagi dan kita semua akan berganjak ke tahun baru 
TAHUN 2012.


Semoga semuanya baru...azam baru, tekad baru, impian baru serta kehendak baru (bukan isteri baru ye). Pada yang belum mencapai KPI dan Wish List tahun lepas 2011 diharap agar di tahun ini anda semua dapat mencapainya malah dengan cemerlang sekali.


Semoga tahun ini kita semua menjadi seorang manusia dan muslim yang sentiasa beramal dan membuat kebajikan serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.  Lakukan perubahan jangan duduk di takuk yang lama sahaja kerana sesungguhnya kita belum tahu kehidupan kita di masa akan datang kerana setiap perubahan yang dilakukan pasti akan membuahkan hasilnya yang penting tekad, kesabaran dan usaha INSYAALLAH.

SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua rakan blogger dan sahabat handai yang saya kasihi.  Semoga tahun ini menjadi tahun pencetus segala yang terbaik bagi anda semua.


Always stay STRONG, HEALTHY & BEAUTY!!

Friday, December 30, 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA

Assalammualaikum.......



Siapa yang tak kenal dengan blogger LULU CALDINA kan? Sebut aje nama semua kenal dan tak payah nak cerita pasal followers beliau yang rata-rata mempunyai sejumlah ribuan followers yang setia mengikuti perkembangan blog serta entri-entri menarik dari beliau saban hari.

Segmen kali ini Lulu menampilkan entri tentang mengapa beliau perlu meREVIEW blog anda (saya), dan tanpa berlengah lagi JAWAPAN saya ialah kerana:-


  • CIK LULU... Saya memerlukan pendapat serta nasihat dari semua peringkat pembaca samaada dari golongan  generasi muda (adik-adik), moderate dan professional (kalau ada yang sudi baca blog saya nilah) untuk dengan sukarela dan seikhlas hati meREVIEW blog saya mengikut kefahaman serta keserasian anda membacanya terutama bagi semua peringkat umur.
  • Selain dari CIK LULU meREVIEW blog saya, dapatlah jugak kawan-kawan yang lain menjoinkan diri bertukar-tukar link selain bertukar-tukar kisah dan cerita sambil mempromosikan blog-blog mereka dan juga blog saya.
  • Bukannya apa CIK LULU, senang bagi saya mengetahui apa yang perlu dan tidak saya lakukan ketika menulis dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi saya untuk terus mengekalkan diri di dalam dunia penulisan blog.  
  • Selain dari itu ada jugak pekdah yang saya dapat dari kolongan bloggers professional (SIFU) dan CIK LULU, yang ada menitipkan tips-tips untuk terus kita (bloggers baru) bersemangat dan serta-merta dapat meningkatkan traffik dan sentiasa menerbitkan entri-entri yang bernas dan berfaedah agar dalam masa yang sama sentiasa menjaga hak dan sensitiviti sesetengah bangsa dan kaum.
Pada anda-anda yang berminat CIK LULU mereview blog anda silalah KLIK untuk joinkan diri.


JOM!!

Semoga Kembali Berbahagia...



Pagi ni baca entri dari Kak Jee tentang artis kesayangan saya di SINI dan kebetulan bukak tweet nampak pulak status tweet Erra empat (4) hari yang lepas.  Apa sudah jadi? 


Harap-harap semua ini tidak benar dan semoga Erra dan suami akan terus kekal dan berbahagia hingga ke akhirnya dan yang paling penting sentiasa ingat didalam rumahtangga bahawa setiap pergaduhan serta perbalahan diantara kita suami isteri SELALU lah fikirkan tentang masa depan dan kebajikan anak-anak jika kita berpecah belah.

Kasihanilah mereka.

Semoga Erra dan suami terus kekal dan berbahagia selamanya. Aminnn....

Thursday, December 29, 2011

Sesi Luahan Rasa...


Bukan nak mengata dan mengumpat tapi nak menyuarakan pendapat dan rasa ketidakpuashatian saya pada "mamat" sorang ni.

Rasanya semua staf di pejabat ni sudah sedia maklum, yang mamat soran gni memang macam "chipsmore" sekejap ada sekejap takde...waktu dia di pejabat ni boleh dikira hanya beberapa minit atau jam saja dalam setiap hari.  Kadang-kadang tu dia tak masuk langsung dengan alasan diberi "MELOBI PROJEK".

Agak-agaklah takkanlah dia takde rasa bersalah dan malu apabila datang atau masuk sahaja ke pejabat perkara utama yang beliau buat ialah melakukan tugasan luar beliau sebagai Setiausaha Akhbar pada seorang VIP ni di dalam pejabat yang membolehkan beliau mendapat rezeki setiap bulan tanpa gagal di sini dengan gaji yang penuh.  Nak kata dia buat kerja pejabat ni 100% memang tak ada rasanya, cuma yang pasti setiap kali dia masuk pejabat mesti dia akan menelefon beberapa VIP dan membincangkan akan kisah perwakilan lah, urusan travelling VIP tersebut dan keluarga lah, urusan travelling beliau sekeluarga lah, urusan peribadi beliau (kad kredit, loan rumah, loan kereta) tak pun paling habis beliau akan bermain Free Cell atau Solitaire ketika waktu pejabat.  Atau paling koman pun setiap kali beliau masuk pejabat mesti akan cpmpile segala macam resit entertainment dan bil telefon bimbit beliau, kalau dia bercerita dekat telefon yang saya dengarlah, seakan semua menteri dalam Malaysia ni kenal dengan beliau (hebakkkkk).

Beringatlah, tak selalunya langit itu sentiasa cerah, adakalanya kita diatas, dan bila tidak kena gayanya nanti kita akan kebawah juga.  Cariklah rezeki dengan ikhlas dan sewajarnya untuk keluarga hingga tidak mengundang syak dan wasangka rakan setugas yang lain.  Dalam setahun  kalau anda cuma datang bekerja hanya beberapa jam dan yang selebihnya anda membuat kerja luaran (betul ke buat...macam tak nampak hasil), MC dan bercuti apa kejadahnya.  Jangan sampai pengurusan atasan menyedari akan contribution anda towards syarikat yang berkurangan itu dan seterusnya di ambil tindakan.  Menyesal tak sudah nanti!!

Sekadar mengigati......


Cantik Jelita Dengan L'Oreal



Ingin sentiasa kelihatan muda dan cantik remaja. 

Serlahkan kejelitaan anda dengan Youth Code, Youth Generating Pre-Essence 
keluaran terbaru dari L'Oreal Paris.




Maklumat lanjut mengenai kempen tersebut sila klik SINI

Year End Clearance

Assalammualaikum semua.....

Kembali bersiaran setelah bercuti seharian menguruskan barangan persekolahan anak-anak yang akan kembali kesekolah tahun 2012 dalam masa beberapa hari lagi.

Phew!! kopaklah jugak membeli segala perkakasan persekolahan mereka yang rata-rata semuanya perlu serba baru dan dibeli, tiada yang boleh dipakai lagi...tapi takpelah harap-harap rezeki sentiasa dimurahkan lagi untuk kebaikan serta kesejahteraan kami sekeluarga.

Semalam bercuti boleh dikatakan mata saya ni naik juling sana sini jualan penghabisan akhir tahun.  Year End Sale sanalah Year End Sale sinilah....sabar sungguh hati ini melihat "dugaan" tersebut.  Tetapi bukan hanya di pusat-pusat membeli belah ternama aje ada membuat promosi YES malahan berita baik bagi kawan-kawan bloggers saya yang ingin mencari make-up, pakaian, gubahan hantaran pengantin serta pakaian ranggi samaada untuk santai mahupun dinner, anda bolehlah berkunjung ke laman blog teman saya Pn. Hanita Bahrom dengan hanya klik di SINI dan layari link ini www.facebook.com/GobokTheBoutique untuk maklumat lanjutan.  

Pelbagai pakaian muslimah, baju kurung, baju fesyen dan pakaian untuk menghadiri acara keraian ada terjual disini...so silalah melawat ye.





Atau, anda juga boleh melawat terus ke butik beliau di alamat seperti di bawah ini :

Etha Bahrom
GOBOK the Boutique (also known as Etha Wedding Services)
27-1 Jalan AWF 3
Ampang Waterfront
Ampang 68000
Selangor.

HOTLINE : +6017350 5479 (SMS 10am - 8pm)
WEBSITE : www.ethaweddingservices.com (you may browse GOBOK the Boutique from here)

Jadi sudi-sudikanlah......


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday # 20


More info please click HERE

Tuesday, December 27, 2011

Realiti atau Impian

Assalammualaikum,

Baca megazin sini cerita pasal orang dapat anugerah Datuk, baca pulak suratkhabar sini orang dapat anugerah Datuk jugak,  seronok jugak ye, senang aje rasanya tup tup dah bergelar Datuk dan Datin.  

Agaknya fesyen dan trend sekarang "mereka-mereka" ni mencari pasangan dengan orang yang mempunyai harta dan sentiasa mengejar status dan berimpikan sesuatu yang sungguh materialistik untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Terbaca lah pulak saya akan statement seorang hamba Allah ni dulu-dulu bagi statement dengan press alasan dengan perkahwinan dulu tidak serasi dan tiada persefahaman, TAPI bila sekarang dah kahwin baru, pandai pulak cerita sana sini kata "kepercayaan dan kejujuran adalah aspek utama dalam kebahagiaan rumahtangga" apa dulu dia kahwin tak bahagia ke? serasa saya dah beranak pinak dengan perkahwinan yang dulu bukan sikit tapi berderet-deret. 

Agak-agaklah sebab pasangan sekarang dah berstatus dan berpengaruh sebab tu la 'dia' tetiba pandai sangat urus rumahtangga dan berbahagia si samping pasangan.

Dunia oh Dunia.

"Semua Tak Siap Lagi......"

Cuti persekolahan sudah hampir tamat.  Diam tak diam dah sebulan lebih anak-anak kita ni bercuti kan? So minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi semua para ibu dan bapa yang anak-anak mereka akan kembali kesekolah pada tahun baru yang akan bermula minggu hadapan.

Bagaimana persiapan barangan persekolahan anak-anak? dah siap ke? saya jugak yang belum sempat ke sekolah anak untuk membeli uniform dan buku-buku sekolah mereka.  Hari-hari mereka berdua bising sibuk bertanyakan samaada kami dah beli ke tidak barangan sekolah mereka.

Cadangnya Insyaallah esok nak pergi ke sekolah mereka dan membeli segala peralatan dan kelengkapan sekolah mereka.  Nak pergi time cuti wiken memang tak sempat dan ramai sahaja orang, jadi rasanya kalau pergi time orang bekerja kurang sikit kot..dan selesa membeli belah tanpa perlu berebut dan beratur panjang (hopefully). 

Checklist:-
  • Pensil box (perlu ke beli?)
  • Buku latihan (besar, kecik, sedang)
  • Buku Teks
  • Pensil 2B
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pembalut buku (tak payahla in the end semua punah dan rabak)
  • Kasut sekolah
  • Beg sekolah (tak perlu kot, yang lama elok lagi) 
  • Seluar Dalam
  • Stoking sekolah
  • T-shirt dan Track Suit  PE
  • Potong rambut
  • Singlet (boleh pakai lagi tak payah beli)
  • Uniform Sekolah (masih ada lagi ke size dorang ek?)

Semua barangan di atas by the time akhir tahun semuanya habis dan hilang, ghaib entah kemana.  Ntah mana-mana perginya bila ditanya "ENTAH TAK TAHU" sakit hati aje dengar.



Sunday, December 25, 2011

Walimatulurus

Wiken yang bizi.  Kami sekeluarga menghadiri beberapa majlis kahwin dan pertunangan keluarga dan rakan terdekat yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Kajang baru-baru ini.


Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru bagi Diana dan Joe,  Izyan Nadhirah dan Ariff Fadzillah, Norshaly Afzan dan Nik Amirul serta Nor Hashiela (Shelot) dan Amin.


Terima kasih atas undangan.


p/s: maaflah gambar tak boleh load bebanyak mana yang ada aje, satu aje pun....hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

Jangan Pandang Rendah

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".  Sesungguhnya kesengsaraan dan kesedihan hati mereka, tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu memandang dan melihat akan kesedihan yang mereka tonjolkan tetapi tidak mampu untuk memberikan kegembiraan pada mereka.

Saya respek pada golongan ibu tunggal yang mampu mendidik anak-anak mereka hingga berjaya menjadi seorang yang berguna.  Zaman sekarang  terdapat berapa ramai ibu tunggal berjaya mengiktiraf kehidupan mereka serta taraf hidup antaranya menjadi seorang usahawan berjaya, wanita cekal dan ibu cemerlang yagn berjaya mendidik anak-anak menjadi bangsa yang berguna.

Sesungguhnya bukan ini yang mereka pinta, dan jangan menyalahkan sebelah pihak sahaja, Sebagai ibu tunggal, mereka bukan sahaja mempunyai niat yang tulus, optimis, jelas hala tuju malahan perlu ada strategi untuk memperbaharui bagi menghadapi tuntutan hidup.  Faktor dalaman ini amat penting dalam memastikan jatuh bangun mereka selain dari faktor luaran bagaimana mereka perlu mencorakkan masa depan.

Sesungguhnya status sebagai ibu tunggal menjadi igauan bagi semua wanita yang telah berkahwin, kerana apabila terjadinya sesuatu konflik di dalam hubungan suami isteri dan hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi maka perpisahan adalah jalan yang diambil bagi melangsaikan penyelesaian.

Terdapat banyak Pro dan Kons (positif atau negatif) kepada seseorang individu tersebut.  Ada sesetengah masyarakat yang suka memandang mereka dengan menghina, menyindir, mencerca dan konspirasi yang sedikit sebanyak akan mengundang kepada tekanan (stress) dan kemurungan (depression).

Semua ini akan dapat di atasi jika kita sentiasa hidup dalam masyarakat yang saling hormat menghormati akan hak asasi individu terbabit.  Walhasilnya jangan pandang rendah pada mereka tetapi berikan kata-kata semangat yang membina agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Ofis Lengang?

Assalammualaikum semua...

Pagi Jumaat yang indah dan barokah. Di harapkan agar hari ini anda semua sihat dan sejahtera serta berbahagia di samping yang tercinta.  Semoga hari ini merupakan hari yang terbaik bagi anda semua.

Seperti kebiasaan tututan yang di tuntut oleh semua orang untuk mencari rezeki. Saya kepejabat, tapi tulah nak cerita...kenapa ofis saya lengang, mana pergi semua orang? Takkan semuanya bercuti? Oh ya! terlupa pulak bukan ke hujung minggu ni public holiday sambung ke hari Isnin, mesti ramai yang ambil cuti nak menghabiskan cuti tahunan membawa keluarga pergi bercuti..bila lagi kan? Ada tu yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan dan akan naik pelamin hujung minggu ni.  Minggu depan dan sah-sah minggu terakhir budak-budak cuti persekolahan dah tu lepas ni mesti sibuk nak menyiapkan barangan persekolahan untuk naik sekolah pulak.

Gambar Hiasan Cik Gugel

Selamat bercuti ye pada yang bercuti dan akan berangkat menuju ke destinasi yang hendak ditujui.  Selamat memandu dan berhati-hati.  Pada yang bakal melangsungkan perkahwinan tu Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu dan pada rakan-rakan yang merayakan perayaan Hari Natal "Merry Christmas" and Happy Holiday.

Anda pulak bagaimana? Kemana menghabiskan cuti tahunan?

Alamak Macam Mana Nak Kempiskan Perut Ni?

Perut leper idaman semua wanita, malahan bukan wanita sahaja, lelaki juga mendambakan untuk mempunyai perut yang cantik dan menarik.  Ramai wanita berasa kecewa setelah mencuba pelbagai jenis teknik senaman bagi meleperkan dan mengempiskan bahagian anggota badan yang selalu berkumpulnya lemak itu. Namun pengakhirannya amat tidak memuaskan.

Tips untuk tampak perut lebih leper antaranya (yang saya dapat dari salah satu megazin tempatan) memetik:-


  • Berhenti merokok - rata-rata mereka rasa dengan merokok mereka akan kelihatan selim dan melim tapi hakikatnya perokok mempunyai banyak lemak perut berbanding bukan perokok.  Hormon stress kortisol dikatakan penyebab lemak itu berkumpul.
  • Makan lebih serat - amalkan memakan makanan 22-25 gram serat sehari dengan makan lebih banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin.
  • Banyakkan minum - Kalau anda datang haid pun HARUS minum air dengan banyak bagi membantu mengurangkan perut kembung.
  • Lonjakan Degupan Jantung - Senaman menguatkan otot perut tidak berkesan. Cara terbaik ialah senaman aerobik 45 hingga 50 minit, lima kali seminggu.
  • Tulang Kuat - Osteoperosis boleh membuatkan tulang belakang anda membongkok dan keadaan tersebut mengakibatkan perut anda membonjol ke depan. Pastikan anda mengambil 1,000 mg kalsium sehari daripada makanan atau supplement.
  • Kempiskan Perut - Amalkan teknik mengempiskan perut sehingga anda berasa selesa dan akhirnya ia datang secara semulajadi.  Lakukan ia pada setiap hari jika ada peluang.
  • Dapatkan Senaman Perut Bonus - Berdiri tegak ketika melakukan senaman mengangkat berat.
Insyaallah, jika amalan ini diamalkan pada setiap hari pulangannya yang anda perolehi WOW amat memberangsangkan dan yang penting niat serta tekad.  

Erm..rasanya itu dah termasuk dalam salah satu WISH LIST saya pada tahun hadapan.

Thursday, December 22, 2011

Amalkan Gaya Hidup Sihat


Siapa kata duduk di pejabat tidak boleh bersenam?

Kehidupan sehari-hari yang kita lalui memang memerlukan lebih banyak tenaga dan semestinya kurang melakukan riadah.  Selain itu pengambilan makanan juga perlu dititik beratkan terutama sekali pengambilan gula dan garam.

Tahukah anda dengan berjalan 10,000 langkah setiap hari anda akan membakar lebih dari 300 kalori.  Tidak kira samaada anda memilih untuk melakukan senaman simple contohnya turun naik tangga, tanpa menghiraukan lif yang terbuka setiap masa memanggil anda untuk naik atau berjalan di taman setiap petang akan sedikit sebanyak membantu anda menguatkan otot dan tulang belulang anda.

Tetapi untuk melakukan aktiviti tersebut, perlulah anda titik beratkan akan penampilan anda yang bersesuaian dengan aktiviti yagn anda lakukan. janganlah pulak anda memakai heels dan memakai pakaian pejabat sambil peluh mencurah-curah sebaldi hanya semata-mata ingin melakukan aktiviti riadah tersebut sambil bertugas.  Selain itu pastikan yang anda tidak selalu duduk di tempat workstation anda, lakukan pergerakan dengan sekerap mungkin, berjalan-jalan sambil melawat workstation rakan lain bebrapa minit bertanyakan khabar dan elakkan dari mencuri masa berminit-minit lamanya hinggakan bos didalam bilik keluar dan berdehem pun and tak sedar.


Hanya dengan beberapa langkah yang simple mampu membuatkan hidup anda sihat dan sejahtera.

Amalkan hidup sihat bersama yang tersayang.

Pesanan penaja ini dibawakan khusus kepada anda dari ChurpChurp.  Untuk maklumat lanjut sila klik SINI.



Tahniah Adik-adik


Terima Kasih Gugel


Zaman saya dulu-dulu kita panggil Sijil Rendah Pelajaran (SRP).  Ye!! time tulah tahun terakhir SRP di adakan, kerana tahun berikutnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah mula diperkenalkan di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia.  

FLASHBACK
(teringat zaman sekolah dulu)

 Tapi itu dulu....Keputusan PMR dah keluar hari ni. Pada adik-adik yang berjaya dengan cemerlangnya, Alhamdulillah TAHNIAH di ucapkan dan pada yang tidak berapa cemerlang tu, Insyaallah cuba lagi pada peperiksaan BESAR akan datang.  Ini bukan pengakhiran dunia anda.  Buktikan yang terbaik dan selalu set minda yang ANDA BOLEH!!

TAHNIAH sekali lagi.

Apakan Daya

Dalam masa beberapa minggu lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru tahun 2012.  Sekejap aje masa berlalu pergi meninggalkan kita semua.  Dalam sedar tak sedar semuanya seperti berlari meninggalkan kita.

Macam entri saya yang lepas ada membincangkan mengenai Wish List saya yang masih belum tercapai dan mungkin akan dibawa pada tahun hadapan dengan harapan dapatlah dicapai angan-angan serta target tu.

Mood hujung tahun memang susah nak cerita la..manjang naik, manjang turun tak tentu hala...memang sukar nak ditafsirkan tetapi memandangkan saya yang serba tak tentu hala mood ni saya rasakan macam nak kerja pun tak sanggup rasanya...

Eh!! sekejap-sekejap IKLAN jap....saya rasa bekas ahli kumpulan 4U2C datang sini....Pn Aziela nampak tak? Kalau tak silap saya nama dia Joe..hehehhe dah tua dah dia. Daripada sibuk menyanyi dulu dengan pakai CD kat dada dan pakai seluar katuk (seluar pendek), now dah jadi ahli korporat. Alhamdulillah suatu perubahan yang sungguh membanggakan.

Ok dah dah...

Haa...sambung balik pada cerita saya, nak ambil cuti macam kawan-kawan lain yang menghabiskan cuti tahunan bergumbira bersama yang tersayang pun dah habis, kalau ambil pun kena tolak gaji...huaaaaa....APAKAN DAYA.

Badan rasa-rasa macam nak demam suam-suam kuku tapi tak jugak demam...kena datang kerja jugak.  Nak ambil MC pulak tak berani kalau sekadar RASA nak demam tapi tak demam, nak berlakon sekadar buat-buat sakit nanti kena gelak atau perli lak dengan doktor.  APAKAN DAYA

Nak buat kerja-kerja yang tertunggak macam filing, buat apoinmen tu semua ongoing task dah habis, nak menjeguk ke blog daripada pagi sampai ke petang rasa macam tak sedap pulak nanti orang kata MAKAN GAJI BUTA curi masa pejabat...(eh tapi bukan selama ni aku nak curi masa pejabat dengan menempekkan entri dekat dalam belog ni ke?) Hai lah badan APAKAN DAYA.

Nak buat kerja dari pagi sampai ke petang setiap hari kekadang tu JAHAT melencong jugak buat benda lain.  Mana ada orang yang kerja dekat pejabat tanpa melencong 100% commit. Mesti ada melelong ke sana sini kan?  

Nak tak nak buat buat lah kan diri tu BZ manjang, agar nampak macam bekerja ye dak.  Takde kerja pun cariklah kerja agar wang yang diterima itu sejajar dengan apa yang kita berikan terhadap syarikat.


Wednesday, December 21, 2011

Pulang Dengan Kereta Baru Kia Optima K5



Belum membuat pilihan? Sempat lagi...

Jika anda masih merancang-rancang untuk membeli kereta pada tahun hadapan memandangkan bilangan ahli keluarga anda telah bertambah, apa kata ada berubah selera dengan penampilan baru kereta keluaran terbaru Kia Optima.

Kereta keluaran baru Kia Optima K5 akan dilancarkan pada 27 Disember ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan penampilan baru yang lebih style dan berteknologi.  Kia Optima K5 sesungguhnya kereta yang mengujakan setiap pemiliknya.  Serlahkan keceriaan anda di tahun baru 2012 ini dengan memilikinya.


Kia Optima K5 akan di lancarkan di cawangan baru di Kia Red Cube, Petaling Jaya. Jom sertai dan pandu uji kereta tersebut di mana-mana cawangan Naza Kia di serata Malaysia.

Pandu pulang bersama Kia Optima K5 hari ini.

Maklumat lanjut sila layari website Naza Kia Malaysia


Wordless Wednesday # 19



Gugel


It's gonna be a lonnngggggg day today.....
Am gonna be busy all day and  I'll be back soon with more entries. 
Meantime, Take Care!! 

Tuesday, December 20, 2011

MEMILIH Bukan Sebab Demanding



Jikalau boleh dibentangkan sejumlah pilihan, maka terpaksalah kita membuat pilihan. Tentu sahaja kita akan memilih yang paling baik buat kita kan?

Tentu sahaja kita akan mengambil yang paling kita suka, sesuai dengan selera, sepadan citarasa dan paling memberikan kebaikan buat kita (pada pandangan kita).

Andainya pilihan yang telah dibuat itu ada risikonya tetapi kita tetap memilihnya kerana pada hemat kita itulah yang terbaik. Inilah yang dinamakan keputusan. Namun, untuk membuat keputusan selalunya menjadi proses yang amat sukar bagi kebanyakan orang. Hal ini berlaku kerana kita tidak mahu memilih dan tidak mahu membuat keputusan.

Selain itu, kita juga takut berdepan risiko yang bakal hadir bersama keputusan yang dibuat, lalu lebih bersikap mendiamkan diri dan tidak mahu bertegas terhadap diri sendiri.

Sesungguhnya ini bukanlah sikap dan sifat yang bijak. Terperangkap dalam pilihan yang tidak pasti, akan lebih memberikan tekanan kepada kita. Oleh itu, cara untuk keluar daripada dilema ini adalah dengan membuat pemilihan yang sesuai.

Jangan Tahan Kencing


Travel jauh tidak kira samaada menaiki bas, kereta ataupun kapal terbang memang mengujakan tetapi dugaan timbul bilamana anda merupakan seorang yang pembersih atau was-was untuk singgah membuang air dimana-mana toilet yang berdekatan. Malahan bukan saja takat berjalan jauh malahan jika anda pergi membeli belah atau menghadiri mesyuarat sekalipun anda pasti akan berkunjung ke toilet juga.

Menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya merupakan kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.



Kanak-kanak juga yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar.  Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkita saluran kencing. "Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan "Inkontinens" iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing.



Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.  Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.  Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip. Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.


Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.  Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk.





Monday, December 19, 2011

Kereta Idaman Semua....




Naik kereta baru pulang ke kampung halaman dalam musim perayaan ini..JOM sertai mereka dengan hanya klik di SINI atau SINI

Lepas Niat..Alhamdulillah

Assalammualaikum...

Bersiaran kembali pada hari Isnin.. Selamat kembali bertugas pada mereka yang telah lama bercuti panjang dan selamat memulakan hari dan minggu yang baru ye.  Semoga hari ini merupakan hari yang paling terbaik bagi anda semua.


Oh ya! Hujung minggu baru ini saya telah membawa anak-anak melihat pameran Upin & Ipin di Muzium Negara...Alhamdulillah tercapai jugak hasrat anak-anak yang saban hari mengingatkan kami untuk membawa mereka ke sana. 


Bebudak bertiga tu memang dah sah-sah teruja dengan setiap yang dipamerkan di situ terutama sekali lil pwincess..siap menyanyi sengan hati lagi sepanjang berada di sana.


Dapatlah Abang merasakan sendiri pengalaman beliau melawat ke Muzium Negara..kalau tidak heboh setiap kali pergi bercuti nak melawat ke muzium....almaklumlah dekat sekolah sibuk duk cerita pasal muzium itu muzium ini..tapi dia tak pernah pergi..and now dorang dah dapat clear picture mengenai asal-usul sejarah dahulu kala...


Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat kami ambil ketika berada di sana...




Tapikan, dalam newspaper ada cakap turut diadakan Pameran Busana Perkahwinan Mutiara turut dipamerkan serentak di Muzium tapi bila saya pergi takde pun pape yang ada cuma kek warna putih besar belang hitam aje di pamerkan di situ.  Agaknya dah habis kot..bukanlah nak tengok sangat baju si Memey tu tapi dah alang-alang ke sana nak juga tengok barisan pakaian yang dikatakan MAHAL itu.

Saturday, December 17, 2011

Kenangan KU...

Mode jiwang malam minggu...teringat zaman sekolah dulu-dulu.


Best friend saya merupakan 'die hard fans' kumpulan Exists, jadi secara tak langsung saya pun kena tempias jugak...Dah masak dengar lagu-lagu dendangan kumpulan exists ni...Dah kahwin dah kawan saya tu dah beranak pinak dah pun dia...hiihihi..


Malam-malam ni teringat pulak pada kawan-kawan lama masa bersekolah dahulu.  Seronok zaman remaja...apa nak kisah emak bapak tanggung time tu..tau enjoy aje pastu belajar..


Selamat Berhujung Minggu ye kawan-kawan :-)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jom Shopping Di JPO





WOW!!!


Bagi anda yang berada dan tinggal di Johor Bahru atau yang sewaktu dengannya dah dikira selamatlah ye.  Bagi kami-kami yang duduk dan bermaustatin di Kuala Lumpur ni kenalah meluangkan waktu kami bersama keluarga untuk pergi bercuti ke arah Selatan tanahair.

JPO atau lebih dikenali sebagai Johor Premium Outlet mempunyai segala-galanya.  bagi anda yang mempunyai citarasa mewah dan gila shopping, tempat ini adalah syurga segalanya.  Pelbagai jenama barangan dari pereka terkenal luar negara ada terjual di sini.  Sebut aje semua ada, tak payah kita bersusah payah menyeberang Tambak Johor untuk pergi ke Singapura kerana semuanya ada di sini.

Terdapat 70 jenama fesyen terkemuka antarabangsa serta butik outlet yang menawarkan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari.  Antara jenama terkemuka yang boleh di dapati antaranya Armani Exchange, Brooks Brothers, Burberry, Canali, Ermenegildo Zegna(betul ke eja), Guess, Michael Kors, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo dan Lacoste serta banyak lagi.  PJO berlokasi di persimpangan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Link Kedua menyediakan akses mudah dari Johor ke Singapura, malahan pemanduan dari KL hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja. Beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Maklumat lanjut mengenai PJO dila layari SINI

So pada kawan-kawan yang KAKI SHOPPING, apa tunggu lagi....JOM KITA!!

Permainan Tradisional aka Cuti Sekolah

Sekejap aje masa berlalu meninggalkan kita dan kalau tak silap saya tinggal lagi dua minggu untuk anak-anak kita menghabiskan cuti persekolahan mereka sebelum minggu persekolahan baru mula dibuka.

Adakah masa anak-anak kita betul-betul terisi dengan perkara yang berfaedah selama bercuti ini? Kalau cerita CUTI PERSEKOLAHAN teringat zaman saya kecik-kecik dulu bila mana excited tahap melampau apabila menunggu kedatangan setiap cuti persekolahan kerana time nilah saya pulang ke rumah nenek dan akan menghabiskan masa beberapa minggu tinggal disana bersama kazen-kazen yang lain.

Di kampung pelbagai aktiviti riadah dan santai yang dapat saya kongsikan bersama dengan kazen-kazen. SERONOK TAK HENGGAT la rasa macam bila kena balik ke KL time tu memang nangis gesek kakilah sebab FRUST rasa tak dapat nak bermain lagi.

Rasanya pada kawan-kawan diluar sana mesti ingat akan permainan yang selalu kita semua pernah lalui suatu ketika dahulu, antaranya permainan konda-kondi (Kayu), Baling Selipar, Bola Cap, Terup (Old Family, Motor, Kereta dsbg), galah panjang, sorok-sorok, pertandingan fesyen show (perempuan aje ye), masak-masak (guna api betul ye..habislah pucuk ubi nenek kena petik buat lauk), batu seremban, police and thief, naik basikal tua keliling kampung, kena kejar dengan angsa, dan KEMUNCAK aktiviti waktu cuti sekolah itu yang paling tak sah ditinggalkan ialah pergi berkubang mandi manda di sungai tak kiralah time tu hujan ke tidak..yang penting airnya perrrgghhh....SEJUK!! memang seronok.  Balik rumah kena marah dengan nenek sebab bayah kuyup main dekat sungai (sebab dia carik atu kampung tak jumpa kitaorang) hehehehehe.....KENANGAN. Dapat pulak kazen-kazen yang satu kepala memang seronoklah asyiklah merangka strategi "apa nak buat esok hari" sebelum lelap mata nak tidur malam. HAI seronok dan indah waktu tu...

SEKARANG tak lagi rasanya. Anak-anak zaman sekarang lebih cenderung menghabiskan masa cuti persekolahan mereka dengan duduk di rumah menghadap televisyen, DVD atau bermain PSP, Wii atau Playstation atau paling tidak mereka menghabiskan masa seharian (bagi yang tiada internet dirumah) melepak di cybercafe (tapi rasanya semua dah advance mesti rata-rata dah ada broadband dekat rumah).  Atau paling tidak pun keluarga akan membawa mereka makan angin samaada ke luar atau dalam negara bagi mengisi cuti persekolahan mereka.

Mungkin salah satu faktor mengapa kanak-kanak sekarang tidak seperti waktu kita semua dahulu juga adalah kerana faktor persekitaran (keselamatan terancam dengan kes penculikan) atau mungkin juga kampung yang benar-benar bersuasana desa pun sudah semakin kurang untuk mereka terokai dan rasai keseronokannya. Malahan dengan kemunculan pelbagai kemudahan dari teknologi canggih juga memainkan peranan untuk anak-anak zaman sekarang lebih suka menghadap komputer dari pagi sampai ke petang berFB, chatting dan berblogging. 

Mungkin sebagai ibu bapa zaman sekarang kita perlulah memantau aktiviti anak-anak kita dengan lebih serius agar tidak mendatangkan kemudaratan serta kelalaian kepada mereka dengan menggalakkan mereka melayari website ilmiah dan panduan for those yang terlalu kerap menghadap komputer. Paling utama anak-anak tidak dibiarkan melepak merata-rata di pusat-pusat membeli belah yang boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai anasir yang tidak baik.


Friday, December 16, 2011

Airmata Lelaki

Susahkan nak tengok lelaki menangis? Kalau orang perempuan tu memang mudah untuk kita lihat. Sememangnya lelaki memang susah untuk mengalirkan air mata, tak kira walau apa pun caranya.  Hanya pada certain occasion lelaki-lelaki ini mampu untuk mengalirkan air mata dan ianya sungguh menyentuh hati dan naluri wanita yang melihatnya....

Benar ke apa yang orang kata apabila setitis air mata lelaki tumpah ke pipi adalah disebabkan diri mereka rasa tercabar atau mereka di dalam keadaan yang kesedihan yang teramat sangat.  Perlu di ingatkan juga tidak semua lelaki-lelaki ini berhati keras dan kental macam batu kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Mengetahui akan beberapa faktor yang berkemungkinan menguatkan lagi pendapat saya ialah:-

Cara didikan - mungkin cara mereka dibesarkan dikelilingi dengan orang yang penuh kasih dan sayang menyebabkan peribadi seseorang lelaki itu manja dan menyukarkan mereka menerima sesuatu yang diluar pendapat dan prinsip mereka.

Terancam - diri berasakan yang diri mampu untuk memiliki apa sahaja, tetapi tumpas apabila terjadi kejadian sebaliknya contoh menyintai wanita tersebut tetapi kecundang apabila wanita itu meninggalkannya.

Hormon - adakalanya mereka akan menjadi terlalu sensitif pada sesetengah perkara yang kita rasakan tidak sepatutnya.

So, kepada teman-teman wanita saya janganlah  rasa seronok dan bangga pula ye apabila kita melihat kaum adam ni menangis....mungkin ada sebabnya yang kita sendiri susah untuk mentafsirkan.

p/s: tetiba aje nak cerita pasal entri ni sebab tengahari tadi tengok "En. Hariz" (Aaron Aziz) menangis...TERHARUnya (Mode Angau!)

Jom Naikkan Trafik Blog!

Assalammualaikum w.b.t.


Hari ni tak pedulik..ada kelapangan dan setelah habis dari melakukan perkara yang penting yang terdapat dalam senarai saya, saya meluangkan masa untuk mengambil bahagian segmen anjuran Mak Dara Vouge kali ini..

Tak kisah kalau dah abis deadline ke apa..janji saya nak join jugak segmen ni...pedulik apa kan apa orang nak cakap...

For those yang tak berapa nak familiar dan baru nak mengenali diri saya juga blog saya yang tak seberapa ni lebih banyak menampilkan serta menceritakan kisah yang berkisar mengenai diri saya dan keluarga serta menyampaikan informasi semasa di dalam mahupun luar negara.  Saya seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak dan masihbekerja . 

Jadi pada kawan-kawan yang sudi untuk berziarah dan menjadikan saya sebagai kenalan dan mengikuti saya Salam kenal dan semoga silaturrahim terus terjalin di antara kita semua. Amin....

Siap!!

Pada anda-anda yagn nak join segmen ni silalah kelik webpage MAK DARA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...